Senarai kecederaan yang membelenggu kem pasukan The Red Warriors sekarang amat membimbangkan ketika saingan Liga Super hanya berbaki empat perlawanan sahaja lagi.

Tiga pemain Kelantan iaitu pertahanan kiri Aziz Ismail, pertahanan tengah Azizi Matt Rose dan seorang lagi pertahanan tengah Farisham Ismail terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi musim ini selepas menimpa kecederaan yang agak serius dan harus berehat sekurang kurangnya hingga hujung musim 2012.

Selain itu, Zairol Fitree Ishak juga termasuk dalam senarai kecederaan dan kemungkinan akan pulih menjelangnya saingan Piala Malaysia 2012.

Begitu juga S.Chanturu yang baru sahaja ditimpa kecederaan.Beliau juga hampir pasti berehat selama dua bulan dan kemungkinan juga akan kembali dalam saingan Piala Malaysia 2012.

Kapten pasukan, Badhri Radzi pula mengalami kecederaan tidak serius ketika menentang pasukan Selangor tempohari dan dijangka akan kembali memperkuatkan pasukan Kelantan pada 7 Julai 2012 iaitu ketika Kelantan menentang pasukan Perak.

Dengan kecederaan yang menimpa pemain utama Kelantan, Bojan Hodak tiada pilihan lain dan berkemungkinan akan menurunkan beberapa pemain muda dalam pasukan Piala Presiden menjelangnya perlawanan genting menentang Negeri Sembilan di Stadium Paroi, Selasa ini.

Pemain import kental Kelantan iaitu Obinna Nwaneri dan pemain sayap lincah Nurul Azwan Roya juga terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi menentang Negeri Sembilan kerana masing masing digantung satu perlawanan kerana menerima 3 kad kuning sebelum ini.

Seluruh penyokong Kelantan berharap percaturan terbaik dari Jurulatih Kelantan Bojan Hodak akan membawa kemenangan ke 16 Kelantan musim ini dalam Liga Super ketika menentang Negeri Sembilan nanti dan seterusnya mencerahkan peluang buat Kelantan muncul juara berganda pada musim 2012.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...