Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa semalam melalui laman sosial facebooknya mendedahkan jumlah bayaran bonus kepada pemain Kelantan sepanjang kempen Liga Super 2012.
Sepanjang kempen Liga Super 2012, sejumlah Rm449,000 telah dibayar kepada pemain Kelantan sebagai BONUS kemenangan dengan bayaran tertinggi diperolehi oleh seorang pemain yang dirahsiakan namanya iaitu berjumlah Rm19,000.
Bonus Rm449,000 ini hanya untuk kempen Liga Super sahaja dan tidak termasuk bonus saingan Piala FA serta saingan Piala AFC.
Purata bonus kepada pemain Kelantan ialah Rm2000 hingga Rm3000 sebulan sebagai tambahan kepada gaji masing2 dan bonus terendah untuk satu perlawanan pula ialah sejumlah Rm500 manakala bonus tertinggi sebanyak Rm3000 juga untuk satu perlawanan.
Bayaran bonus lumayan ini nampaknya berbaloi baloi dan hasilnya Kelantan berjaya menjulang Piala Liga Super 2012 buat kali kedua berturut turut selepas berjaya menjulang piala itu pada musim 2011.





Sebarang Pertanyaan atau Cadangan emailkan ke Admin@KelantanFA.com