PIALA AFC 2012 – KELANTAN JUARA KUMPULAN H

Kelantan membuktikan kehebatan apabila bergelar Juara peringkat kumpulan H selepas berjaya membenam cabaran Ayeyawady United dari Myanmar dengan keputusan 1 – 0 di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.

Gol Kelantan berjaya dihasilkan menerusi pemain import Nwoha Onyekachi yang menyepak bola dan terbias kepada pertahanan Ayeyawady dan bola terus menerjah ke gawang gol pada minit ke 47″

Ayeyawady yang harus mencari sekurang kurangnya keputusan seri untuk layak ke pusingan ke – 2 gagal membolosi pintu gol Kelantan FA yang dikawal rapi oleh penjaga gol nombor satu Malaysia iaitu Khairul Fahmi Che Mat.

Dengan kemenangan ini, Kelantan FA bakal bertemu naib juara kumpulan F samada pasukan Terengganu atau Kitchee yang akan ditentukan pada 9 Mei 2012.

Satu lagi pasukan dari Kumpulan H, Arema Indonesia berjaya layak ke pusingan ke – 2 selepas membelasah Navibank Saigon dengan keputusan 6 – 2 dan menduduki tempat ke – 2 kumpulan H di belakang pasukan Kelantan FA.

Kedudukan Kumpulan H Piala AFC

kedudukan piala afc

Video Gol Kelantan Dari Nwoha – Sokernet.com

LIGA SUPER : KELANTAN ATASI PERAK UNTUK KEKAL PENDAHULU LIGA

Kelantan kekal sebagai pendahulu Liga Super 2012 selepas berjaya membenam Perak di tempat lawan dengan keputusan 2 – 0

Kelantan membuka jaringan hasil Sepakan Percuma jarak jauh pemain pertahanan kanan Daudsu pada minit ke 11″ menewaskan penjaga gol Perak Nasril Nordin.

Nasril Nordin sekali lagi tertewas pada minit ke 28″ sekali lagi dari sepakan percuma luar kotak penalti hasil jaringan pemain pertahanan kiri Zairol Fitree Ishak.

Dua gol itu membolehkan Kelantan kekal sebagai pendahulu Liga Super selepas mengharungi 10 perlawanan dengan 23 mata dan diikuti rapat oleh pasukan Lions XII dan Terengganu dengan 20 mata.

Selepas ini Kelantan dijadualkan bertemu Ayeyawady United di gelanggang lawan pada 21 Mac 2012 dalam saingan Piala AFC.

Video Gol Kelantan Dari Sokernet.com

Video Gol Daudsu - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )

Video Gol Zairol Fitree Ishak - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )

Kedudukan Liga Super 2012 Selepas 10 Perlawanan

Liga Super 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...