Negeri Sembilan vs Kelantan
29 November 2011 : 8.45 mlm
Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi.
Tiket : RM 10 Terbuka dan Rm20 Astaka
Tag Archives: red warriors
SONGKHLA TEWASKAN KELANTAN

Kredit : J Photography
Nasib tidak menyebelahi pasukan Kelantan FA apabila tewas 1 – 3 kepada kelab dari Thailand iaitu Songkhla FC di gelanggang sendiri malam tadi.
Kelantan yang menurunkan pemain simpanan dan 4 pemain import terlebih dahulu di depan dengan jaringan awal pemain import berusia 18 tahun iaitu Chikondi Mpulula seawal minit pertama.
Aksi menarik disajikan oleh kedua dua pasukan pada separuh masa pertama di hadapan kira kira 10 ribu penyokong setia The Red Warriors.
Pada separuh masa kedua, Songkhla FC berjaya menjaringkan 2 gol dalam tempoh 5 minit iaitu pada minit ke 75″ dan juga pada minit ke 79″ dan selepas itu perlawanan terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana hujan lebat.
Bersambung permainan Songkhla FC berjaya menjaringkan gol ketiga pada minit ke 83″ dan tamat perlawanan menyaksikan Kelantan tewas 1 – 3 kepada Songkhla FC.
JADUAL PIALA MALAYSIA 24 SEPTEMBER 2011

KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 17 SEPTEMBER 2011
THE RED WARRIORS SEDIA HADAPI JOHOR FC

Kelincahan & Kehebatan Matyo sekali lagi ditagih penyokong Kelantan untuk membenam Johor FC. Kredit Gambar : Dunia Sukan Online
Permulaan langkah kanan Kelantan dalam saingan Piala Malaysia 2011 dengan menundukkan Sarawak 2 – 0 selasa lalu memberikan semangat yang tinggi buat anak buah Dato’ M Karathu untuk menewaskan pasukan kelab Johor FC 10 September ini di gelanggang sendiri.
Sebaliknya Johor FC berkemungkinan tertekan berhadapan Kelantan di gelanggang keramat Stadium Sultan Muhammad Ke IV yang bakal di saksikan lebih 20 ribu penyokong setia tuan rumah dan di tambah pula dengan kekalahan kepada Felda United 2 – 0 pada saingan pembukaan Piala Malaysia tempohari.
Di atas kertas Kelantan tiada masalah untuk menewaskan Johor FC di gelanggang sendiri namun jika terlalu memandang rendah akan keupayaan Johor FC kemungkinan akan mengundang padah buat pasukan yang bergelar “The Red Warriors” ini.
Kelantan pastinya akan menurunkan barisan yang sama ketika menewaskan Sarawak tempohari dengan meletakkan Shahrizan ismail di posisi penjaga gol, Daudsu dan Aziz ismail di pertahanan kanan dan kiri, Subramaniam dan Farisham ismail di pertahanan tengah manakala ketua pasukan Badhri Radzi dan Shakir Shaari bakal mengemudi bahagian tengah sementara Chanturu dan Nurul Azwan Roya pula akan mengisi posisi sayap kanan dan kiri.Penyerang pula sudah pasti Dato’ M. Karathu sekali lagi menagih khidmat gandingan mantap Shahrul Idlan Talaha dan Azamuddin Akil yang baru pulih dari kecederaan ketika menentang Sarawak tempohari.
Sama sama kita menyokong pasukan Kelantan dengan menghadirkan diri ke Stadium Sultan Muhammad IV pada 10 September 2011 ( Sabtu ) Jam 8.45 malam.Tiket berharga Rm25 ( Astaka ) Rm15 ( Astaka Simen/Batu ) Rm12 ( Terbuka ).Buat mereka yang tidak berkesempatan untuk ke stadium bolehlah menyaksikan siaran secara langsung Kelantan vs Johor FC di saluran informasi iaitu RTM.
