Kelantan meleburkan rekod 6 kemenangan berturut turut pasukan Selangor apabila berjaya memenangi perlawanan separuh akhir pertama dengan keputusan 1 – 0 hasil jaringan dari Farhan malam tadi di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.

Dalam perlawanan itu juga menyaksikan pemain Selangor, Nasriq Baharom menerima Kad Merah kerana mengasari pemain Kelantan dan beliau akan digantung perlawanan pada separuh akhir kedua 12 Oktober ini di Stadium Shah Alam.

Kelantan hanya memerlukan sekurang kurangnya seri atau menang di Shah Alam untuk mara ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012.

Video Gol Kelantan dari Astro Arena Saluran 801 Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...