
Penyerang kelahiran Kelantan, Ramzul Zahini Adenan SAH bakal mewakili pasukan Selangor bagi musim 2013.
Ramzul memulakan kariernya sebagai pemain bola sepak pada tahun 2006 bersama Skuad Piala Presiden Kelantan kemudian dinaikkan pangkat ke Skuad Senior Kelantan pada tahun 2008 selepas beraksi cemerlang bersama pasukan Piala Presiden.
Dikhabarkan beliau mengambil keputusan untuk berhijrah kerana gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama Kelantan musim ini.
Pemain berusia 25 tahun ini pernah dipanggil dalam skuad kebangsaan oleh Dato’ K. Rajagobal pada tahun 2010 namun nasib tidak menyebelahi beliau apabila ditimpa kecederaan pada masa itu.
Selamat Maju Jaya buat Ramzul Zahini Adenan.





Sebarang Pertanyaan atau Cadangan emailkan ke Admin@KelantanFA.com
pergi lah…..