
Kelantan mara ke suku akhir piala afc 2012 selepas gah menewaskan pasukan jiran iaitu Terengganu dengan keputusan 3 berbalas 2 di stadium sultan muhammad ke iv, kota bharu malam tadi.
Dua gol pasukan Kelantan dijaringkan oleh Farhan pada minit ke 4″ dan 20″ manakala Rizal Fahmi Abdul Rosid menyumbang gol ketiga menerusi sepakan percuma cantik pada minit ke 45″
Separuh masa kedua menyaksikan Terengganu berjaya bangkit untuk merapatkan kedudukan menerusi Ismail Faruqi pada minit ke 56″ dan satu gol lagi dijaringkan oleh Forkey Doe menerusi sepakan penalti pada minit ke 86″ selepas Obinna mengasari pihak lawan di dalam kotak penaldi yang menyaksikan Obinna dilayangkan terus kad merah.
Keputusan 3 – 2 kekal sehingga tamat perlawanan dan Kelantan berjaya mara ke suku akhir piala afc buat pertama kali dalam sejarah.
Tarikh perlawanan suku akhir piala afc 2012 ialah pada 18 dan 25 September 2012 dan undian suku akhir piala afc akan berlangsung pada 14 Jun 2012.
Video Gol Pasukan Kelantan FA dari Sokernet.com
Gol Pertama Farhan ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )
Gol Kedua Farhan ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )
Gol Ketiga Rizal Fahmi ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )







Sebarang Pertanyaan atau Cadangan emailkan ke Admin@KelantanFA.com
huhuhu kls set nih
Ternyata TRW dalam kelas tersendiri, santapan demi santapan dinikmati dgn ramuan yang enak dan amat lazat itulah rempah ratus Bojan Hodak sejak membimbing TRW. Apa lagi yg nak diperkatakan dgn barisan serba lengkap ini? Dalam kelas tersendiri berjaya menjulang piala FA, akan sedaya upaya mempertahankan kejuaraan liga super, akan merampas kembali piala sumbangseh dan piala Malaysia, inilah matlamat perjuangan TRW. Dalam permainan bola sepak biar fikiran mengawal perasaan jgn perasaan mengawal fikiran.
Layak ke suku akhir piala AFC satu lagi kebanggaan yang pasti menjadi igauan ngeri dan mimpi menakutkan buat pasukan lain dalam saingan liga, selain Selangor pasukan manakah yg mampu meratah KIJANG?