Petikan Akhbar Harian Metro bertajuk “kami tak buat kacau kalau tak diganggu”

Rusuhan Penyokong Kelantan

PENYOKONG Kelantan sejati sebenarnya berdisiplin. Sekiranya ada terbabit dalam pergaduhan mungkin mereka diprovokasi pihak lawan. Apa yang diketahui, penyokong Kelantan tidak akan menimbulkan kekacauan sekiranya layanan diterima adalah baik,” kata Setiausaha Kelab Penyokong Bolasepak Kelantan, Haron Ali, yang menolak tanggapan sebahagian besar peminat bola sepak tanah air yang melabelkan penyokong skuad Kijang ‘pembuat kacau’.

Sambil tidak menafikan wujudnya kumpulan penyokong fanatik, beliau berkata, mereka terbabit bukannya datang dari Kelantan tetapi menetap di luar di mana turut hadir memberikan sokongan kepada The Red Warriors.

Menurutnya, sudah menjadi adat ‘oghe Kelate’ bila diberikan layanan buruk maka buruklah dibalas tetapi sekiranya diberikan layan baik, mereka akan membalas dengan mesra.

“Ketika Kelantan berkunjung ke Kedah pada separuh akhir pertama baru-baru ini, tiada sebarang kekacauan berlaku apabila penyokong Kelantan dilayan dengan baik.

“Begitu juga apabila penyokong Kedah berkunjung ke Kota Bharu, kita turut memberikan layanan baik dan kedua-dua penyokong dapat duduk bersama tanpa sebarang kekecohan,” katanya.

[mp3_embed playlst="http://kelantanfa.com/semangat.mp3" aps="yes" id="1" nums="1" ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...