KELANTAN MARA KE FINAL PIALA FA 2012

Naib Juara Piala FA musim lalu iaitu Kelantan FA sekali lagi mara ke pentas Akhir Piala FA 2012 selepas berjaya menyingkirkan kedah menerusi aggregat 3 – 3 ( Kelantan layak dengan kelebihan 2 gol di tempat lawan berbanding Kedah yang mempunyai 1 gol di tempat lawan. ).

Kelantan FA yang ketinggalan 2 gol pada separuh masa pertama hasil dua jaringan dari penyerang lincah Kedah iaitu  Khyril Muhaimeen bangkit menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua menerusi gol dari Obinna Nwaneri dan Mohammed Ghaddar masing masing pada minit ke 47″ dan 61″.

Dengan keputusan seri 2 – 2 di Stadium Darulaman sudah cukup untuk membawa Kelantan ke Final Piala FA 2012 buat kali kedua berturut turut.

Lawan Kelantan FA di final nanti ialah pasukan kelab Sime Darby yang mencipta kejutan menewaskan Juara Bertahan Terengganu hasil kemenangan aggregat 2 – 1.

Perlawanan Akhir Piala FA 2012 dijangka akan berlangsung pada 19 Mei 2012 namun venue perlawanan masih belum ditentukan samada di Stadium Shah Alam atau Stadium Nasional Bukit Jalil.

Video Gol Pasukan Kelantan FA dan Kedah FA

 

SNICKERS PENAJA BARU KELANTAN RED WARRIORS

Snickers Red Warriors

Tan Sri Annuar Musa melalui Facebooknya mengumumkan Kelantan FA bakal menerima penajaan dari Syarikat Coklat Terkemuka Dunia iaitu Snickers dalam masa terdekat.

Snickers yang mengaut keuntungan lebih 2 Billion Dollar setiap tahun akan memberikan 10,000 Snickers percuma kepada penyokong setia Red Warriors yang hadir menyaksikan perlawanan Liga Super di antara Kelantan menentang Lions pada 4 Mei 2012 ini di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.

Selain itu, Snickers Malaysia juga memilih pasukan The Red Warriors untuk menjadi wakil pasukan Malaysia dalam kejohanan yang akan diberitahu kelak.

 

AFC CUP 2012 : KELANTAN SELANGKAH KE PUSINGAN SETERUSNYA

KEDUDUKAN AFC CUP 2012

Kelantan Di Tangga Teratas Kumpulan

Kelantan FA selangkah ke pusingan seterusnya selepas berjaya menewaskan Navibank Saigon di tempat lawan dengan keputusan 2 – 1.

Navibank Saigon terlebih dahulu mengejutkan Kelantan FA dengan menjaringkan gol pada minit ke 36″ menerusi pemain bernama Edison Fonseca yang berjaya menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Kelantan FA bangkit pada 10 minit terakhir dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Indraputra Mahyuddin hasil dari sepakan percuma cantik pada minit ke 80″

Ghaddar muncul penjaring gol kemenangan selepas tendangannya gagal diselamatkan oleh penjaga gol Naviban Saigon pada minit ke 83″.

Tamat Perlawanan Navibank 1 – 2 Kelantan FA

Video Gol Navibank vs Kelantan FA

Gol Indra - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )

Gol Ghaddar - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )