Kelantan membuktikan kehebatan apabila bergelar Juara peringkat kumpulan H selepas berjaya membenam cabaran Ayeyawady United dari Myanmar dengan keputusan 1 – 0 di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.
Gol Kelantan berjaya dihasilkan menerusi pemain import Nwoha Onyekachi yang menyepak bola dan terbias kepada pertahanan Ayeyawady dan bola terus menerjah ke gawang gol pada minit ke 47″
Ayeyawady yang harus mencari sekurang kurangnya keputusan seri untuk layak ke pusingan ke – 2 gagal membolosi pintu gol Kelantan FA yang dikawal rapi oleh penjaga gol nombor satu Malaysia iaitu Khairul Fahmi Che Mat.
Dengan kemenangan ini, Kelantan FA bakal bertemu naib juara kumpulan F samada pasukan Terengganu atau Kitchee yang akan ditentukan pada 9 Mei 2012.
Satu lagi pasukan dari Kumpulan H, Arema Indonesia berjaya layak ke pusingan ke – 2 selepas membelasah Navibank Saigon dengan keputusan 6 – 2 dan menduduki tempat ke – 2 kumpulan H di belakang pasukan Kelantan FA.
Kedudukan Kumpulan H Piala AFC

Video Gol Kelantan Dari Nwoha – Sokernet.com

