Juara Bertahan, Kelantan mempamerkan aksi cemerlang selepas menewaskan Gergasi Lembah Klang iaitu Selangor dengan keputusan 1 – 0.

Gol kemenangan terhasil pada minit ke 25″ selepas hantaran penjuru Norfarhan berjaya ditanduk masuk oleh Muhammad Ghaddar menewaskan Penjaga Gol Selangor Norazlan Razali.

Perlawanan menarik dipamerkan kedua dua pasukan itu dicemari oleh beberapa aksi kasar para pemain Selangor yang dilihat tertekan selepas ketinggalan.

Dengan kemenangan terbaru ini, Kelantan hanya memerlukan 2 kemenangan lagi untuk mencipta sejarah berjaya mempertahankan Liga Super 2012 buat pertama kali selepas berjaya menjulang Piala Liga Super itu tahun lalu.

Selepas ini Kelantan akan bertemu pasukan Negeri Sembilan di Stadium Paroi pada 3 Julai 2012 dan seterusnya berhadapan dengan pasukan Perak pada 7 Julai 2012 di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.

Kedudukan Liga Super 2012

Kedudukan Liga Super 2012

Video Gol Kelantan dari M.Ghaddar ( Kredit : Sokernet.com )

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...