Pasukan yang segar dengan kejayaan menjulang Piala FA dan kemaraan ke suku akhir Piala AFC 2012 iaitu Kelantan FA hanya mampu mencatat keputusan seri dengan pasukan kedua tercorot Liga Super iaitu Johor FC.
Kelantan FA yang dilihat agak keletihan dengan jadual yang padat buntu mencari sebarang gol walaupun mempunyai beberapa peluang untuk menggegar jaring pasukan Johor FC yang dikawal kemas Zamir Selamat.
Johor FC pula dilihat bermain agak baik namun kurang bernasib baik untuk menjaringkan gol walaupun mempunyai satu peluang keemasan menerusi tandukan pemain import yang menggegar palang gol pasukan Kelantan FA.
Keputusan seri 0 – 0 ini dilihat agak adil bagi kedua dua pasukan yang bermain hambar sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.
Selepas ini Liga Super 2012 akan berehat lebih kurang 3 minggu dan akan bersambung pada 16 Jun 2012.Kelantan dijadualkan bertemu pasukan Kedah di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.
KEDUDUKAN LIGA SUPER 2012 TERKINI






Sebarang Pertanyaan atau Cadangan emailkan ke Admin@KelantanFA.com
pemain kelantan ore tkut
Hahaha..~~….Btol Bohhh….
takpe asalkan kelantan dah menang piala fa saya sokong kelantan gomo kelate gomo
gomo kelate gomo