Malaysia memilih jalan berliku untuk aksi timbal balik kedua di Taipei 3 Julai ini selepas hanya sekadar menang tipis 2 – 1 walaupun telah mendahului dengan selesa 2 – 0 pada awal permainan.
Gol pembukaan Malaysia hadir pada minit ke 28″ selepas Kapten Pasukan iaitu Safiq Rahim menjaringkan gol cantik untuk menewaskan Penjaga Gol Taipei.
Selepas mendahului 1 – 0, Malaysia mempunyai beberapa peluang untuk menambah jaringan namun barisan serangan yang tumpul gagal menghasilkan gol.Tamat separuh masa pertama 1 – 0.
Gol kedua Malaysia terhasil pada minit ke 54″ selepas pemain pertahanan Aidil Zafuan menanduk masuk bola hasil dari sepakan sudut Safiq Rahim.
Gol tunggal Chinese Taipei hadir pada minit ke 75″ di jaringkan oleh Chen Po Lian hasil kesilapan pertahanan Malaysia yang dilihat sedikit leka selepas mendahului dengan jaringan 2 – 0.
Tamat Perlawanan Malaysia 2 – 1 Chinese Taipei.Perlawanan kedua akan berlangsung di Taipei pada hari Ahad 3 Julai 2011 pada jam 7 petang waktu Malaysia.
VIDEO GOL SAFIQ RAHIM
VIDEO GOL AIDIL ZAFUAN





Sebarang Pertanyaan atau Cadangan emailkan ke Admin@KelantanFA.com
Nampaknya team m’sia sudah hilang gaya membunuhnya… kombinasi dan kesefahaman jelas tak mantap.. terlampau ingin jadi..kekdang nampak membosankan.. tiada gerak2 pantas.. yg jelas..safee sali gagal menyerlah… banyak lagi kena wat homework…. jgn terlalu bergaya star..