Kelantan memperoleh 3 mata berharga selepas berjaya menewaskan pasukan utara iaitu Kedah FA dengan keputusan 2 – 1 di Stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bharu.
Pasukan The Red Warriors terlebih dahulu dikejutkan dengan gol awal pasukan Kedah pada minit ke 4″ hasil jaringan pemain lincah Khyreel Muhaimeen Zambri.
Kelantan yang menyerang bertubi tubi selepas itu akhirnya berjaya memperoleh gol pada minit ke 29″ hasil jaringan pemain pinjaman dari Kuala Lumpur iaitu Afiq Azmi.
Pada minit ke 44″, Afiq Azmi sekali lagi muncul penjaring gol kedua iaitu gol kemenangan pasukan Kelantan.
Aksi babak kedua rancak dengan kedua dua pasukan membalas serangan namun gagal mencipta sebarang gol dan tamat perlawanan Kelantan 2 – 1 Kedah.
Selepas ini Kelantan akan bertemu pasukan ATM di Stadium Selayang pada 28 Ogos 2012 dan kemungkinan ada Siaran Langsung di Astro Arena.





Sebarang Pertanyaan atau Cadangan emailkan ke Admin@KelantanFA.com
2 game dah 10 minit awal hilang tumpuan…knape jd begitu? harap player perlu fokus pd game…dgn ATM perlu menang & x boleh seri utk kita lebih yakin pd game seterusnya…semua lwn nak beat kita & semua player jgn anggap kita Juaa kita x leh kalah…Gomo Klate Gomo & TRW terus cemerlang…
arap coach dapat atasi kelemahan pada minit2 awal permainan…ape pon, janji TRW mene…janji jgn main kotor…gomo klate gomo
Mat Yoe harap lebih cemerlang lagi anda bukan aje tonggak Red Warrior tp tonggak Harimau Malaya nanti buktikan kehebatan anda.
klantan kedudukan ke brape skrng ni
mata kesuluruhan klntn?