Kelantan FA muncul Juara Liga Super 2012 buat tahun kedua berturut turut selepas membelasah pasukan Perak dengan jaringan 6 berbalas 0.

Walaupun mempunyai 2 baki perlawanan, Kelantan berjaya mengumpul 57 mata dalam 24 perlawanan dan pencabar terdekat Kelantan iaitu Lions XII hanya mengumpul 50 mata daripada baki 2 perlawanan dan mustahil untuk pasukan Lions XII mengejar The Red Warriors itu.

Di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi, Kelantan FA berpesta gol dengan kemenangan besar hasil ledakan Hatrick dari Indraputra Mahyuddin pada minit ke 18″, 24″ dan 49″ manakala selebihnya dijaringkan oleh kapten pasukan Badhri Radzi, Mohammed Ghaddar dan Nurul Azwan Roya.

Dengan kemenangan bergaya ini, Kelantan muncul Juara Liga Super buat tahun kedua berturut turut selepas berjaya melakukannya pada musim 2011.

KEDUDUKAN LIGA SUPER 2012

KEDUDUKAN LIGA SUPER 2012

VIDEO GOL PASUKAN KELANTAN FA

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...