The Red Warriors semakin menghampiri kejuaraan Liga Super buat tahun kedua berturut turut selepas berjaya menewaskan Negeri Sembilan di tempat lawan dengan jaringan 2 – 3 di Stadium Paroi malam tadi.

Gol pembukaan perlawanan terlebih dahulu dijaringkan oleh Negeri Sembilan pada minit ke 14″ hasil jaringan Firdaus Azizol.

Kelantan hanya berjaya menyamakan kedudukan dua minit selepas separuh masa kedua bermula hasil jaringan Azlan Ismail.

Kemasukan Ghaddar pada separuh masa kedua menggantikan Khairul Izuan Rosli berhasil apabila pemain itu berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke 66″ hasil hantaran dari Norfarhan Muhammad.

Kelantan The Red Warriors menambah duka Sang Rusa apabila Indra berjaya menjaringkan gol ketiga hasil hantaran dari Muhammad Ghaddar.

Negeri Sembilan merapatkan kedudukan 2 – 3 hasil tandukan kapten pasukan iaitu Shukor adan pada minit ke 89″ namun jaringan itu tidak memberikan apa apa makna buat Negeri Sembilan yang tewas dengan keputusan akhir Negeri Sembilan 2 – 3 Kelantan.

Selepas ini Kelantan akan bertemu pasukan Perak pada 7 Julai 2012 di Kota Bharu dan andai berjaya menewaskan Perak, Kelantan akan dinobatkan selaku Juara Liga Super 2012 walaupun liga masih berbaki 2 perlawanan.

Kedudukan Liga Super 2012

Kedudukan Liga Super 2012

Video Gol Azlan Ismail

Video Gol Ghaddar

Video Gol Indra


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...