Ghaddar Dijangka Kembali Menentang ATM
Foto : The Star

Juara Liga Super 2012 dan Juara Liga Perdana 2012 iaitu pasukan Kelantan FA dibawah bimbingan Bojan Hodak dan Angkatan Tentera Malaysia ( ATM ) dibawah bimbingan B.Sathianathan bakal berentap pada malam ini di Stadium Selayang Jam 8.40 Malam.

Kelantan mahu meneruskan momentum kemenangan selepas berjaya menewaskan Kedah 2 – 1 di gelanggang sendiri 25 Ogos lalu manakala pasukan ATM pula tekad mempertahankan rekod kemenangan 100% dalam kumpulan B selepas berjaya menewaskan Kedah dan Terengganu sebelum ini.

Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung menerusi Saluran 801 Astro Arena bermula Pra-Rancangan pada jam 8 malam.Selamat Menonton

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...