Pihak KAFA hari ini bersetuju untuk membuat perpindahan pemain paling bernilai 2012 iaitu Norshahrul Idlan Talaha ke pasukan Johor FA bagi musim 2013 namun ada syarat dan terma tertentu yang Johor FA harus patuhi.
Pihak Johor FA mempunyai tempoh seminggu untuk menerima tawaran dari pihak KAFA dan andai Johor FA menerimanya maka Shahrul Idlan Talaha akan SAH menjadi hak milik pasukan Harimau Selatan itu.
“KAFA bersetuju MEMBUAT PERPINDAHAN BIASA(TRANSFER)MAT YO KE JFA DGN TERMA TERMA TERTENTU SPT YG TELAH DISAMPAIKAN KPD JFA HARI INI DAN JFA DI BERI TEMPOH 7 HARI UTK MENERIMANYA.ADALAH MENJADI HASRAT KAFA UTK MENYEMPUNAKAN SEMUA URUSAN BERKAITAN SEBELUM BERMULANYA PIALA AFF SUZUKI DI MANA MAT YO TERLIBAT.KAFA MAHU MAT YO TUMPUKAN KPD SUZUKI CUP DGN MEMBERIKAN YG TERBAIK UTK MISI MSIA MEMPERTAHANKAN KEJUARAAN.KINI TERPULANGLAH KPD JFA” Kata Tan Sri Annuar Musa menerusi laman facebooknya.






Sebarang Pertanyaan atau Cadangan emailkan ke Admin@KelantanFA.com
apa terma syaratnya tu?
Mungkin terma dan syarat undisclosed kot… Private.
Dah PROFESIONAL tu maka perpindahan pun MESTILAH IKUT PROFESIONAL juga.
(y)
Tindakan yg profesional.
gaji sebulan X 12 atau lebih dan lain lain pampasan = RM?
masuk kot pintu depe, tubik pom kot pitu depe….
Mat Yo Van Pitis.
btl jgk t0o0o0o…mat y0 nim nmpk mcm krj0 duit nim…
xpewlaa..drpde men rsuOh!ag pown men bOla byk rskO..
Matyo van persie
Cr7 pergi real madrid sbb duit…masa mudala nk kumpul duit..dh pencen…..blh tgk sendirila bekas2 pemain negara
Kito ore klate pelik apo gak…kalu boo stakat sorang nk gie,10 orang kito bleh cari kot kapung2 wt staro tuh…
jolo doh.. tp mat yo xmikir.. ckt ag jd pmain simpanan ugop sbb JFA beli pemain import hok sdap ag dr dia..
ambo sokong demo mat jack ngan tikar sejadah! nok g tok dan2 pah nok kelik pulok kalu jatuh.
perpindahan bolasepak adalah biasa, tapi setiap pihak kena profesional utk elakkan kekeruhan… makyo sebagai pemain profesional aku bagi contoh mudah kenyataan yg patut dia buat… ''aaa sebenarnya saya telah mendapat tawaran yg baik dari johor, tapi saya masih ada baki kontrak setahun dgn kelantan, walaubagaimanapun saya akan cuba minta persetujuan KAFA utk perpindahan namum jika kelantan masih perlukan khidmat saya, saya akan terus setia bersama pasukan''….. barulah hati semua pihak tidak terluka, dan hati kita sendiri pun tidak terluka kerana sebagai pemain profesional, dia harus dah lama terima hakikat bahawa kontrak tidak boleh ditebus tanpa kebenaran pasukan…itu pandangan aku lah..
lpah ni kalu kawe tembok dga demo kawe xtegur doh mu matyo…