Izuan Salahuddin

Gambar Kredit - Shamil

Izuan Salahuddin, nama yang agak asing di kalangan penyokong setia kelantan namun kebolehan beliau menjaringkan 2 gol cantik ketika menentang pasukan Felda United dan Perlis baru baru ini membuatkan namanya menjadi bualan penyokong setia kelantan.

Bekas pelajar sekolah menengah kebangsaan putra yang mesra di panggil “iwe solah” ini adalah pemain yang beraksi di posisi sayap kiri dan kanan berjersi 26 bersama skuad senior kelantan.

Pertama kali di turunkan dalam skuad senior kelantan ialah ketika Kelantan membelasah Felda United 6 – 0 dan beliau juga menyumbangkan satu gol dalam perlawanan tersebut.

Dato’ M Karathu sendiri menghamburkan pujian kepada pemain muda berusia 20 tahun ini dan menyifatkan Izuan Salahudin telah menunjukkan kematangan dalam permainan beliau.

Dato’ M Karathu juga mengakui Gol pembukaan Izuan Solahudin ketika menentang perlis jumaat lepas adalah gol yang sangat bermakna selepas pasukan kelantan gagal memanfaatkan peluang gol sebelum itu.

Semoga Izuan Salahudin terus beraksi cemerlang membantu Kelantan pada musim ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...