INFO PENJUALAN TIKET FINAL PIALA MALAYSIA 2009
Posted by admin | 02/11/09 | Tagged News, Piala Malaysia
Dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia dijangka bermesyuarat hari ini dengan FA negeri yang terlibat dengan perlawanan akhir hari Sabtu ini. Sehubungan dengan itu, dari segi penjualan tiket, saya dimaklumkan oleh wakil KAFA bahawa tiket perlawanan akhir PALING AWAL AKAN DI JUAL PADA HARI RABU ATAU HARI KHAMIS INI.
Ini kerana pihak FAM dijangka mencetak tiket perlawanan akhir tersebut paling lewat pada hari esok sebaik sahaja selesai bermesyuarat pada hari ini.
Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan semoga rakan2 di Kelate.Net dapat menghebahkan berkenaan dengan tarikh penjualan tiket-tiket perlawanan akhir ini kepada rakan-rakan di luar sana.
Sekian untuk makluman.
di petik dari forum kelate.net
