Berita baik buat semua penyokong setia pasukan The Red Warriors, Tan Sri Annuar Musa melalui facebooknya mengumumkanĀ harga tiket bagi perlawanan Piala AFC 2012 pusingan ke 2 di antara Kelantan dan Terengganu akan dikurangkan sebanyak 35%.

Tan Sri Annuar Musa

Menurut Tan Sri Annuar Musa, harga tiket dikurangkan kerana sebagai tanda syukur selepas berjaya menjuarai Piala FA 2012 dan bagi menghargai semua penyokong setia Kelantan yang tidak jemu jemu memberi sokongan padu.

Bererti tiket Astaka akan berharga Rm20 manakala tiket terbuka pula akan berharga Rm10 sahaja.Tiket kemungkinan akan dijual pada jam 10 pagi hari perlawanan.

Ayuh sama sama kita ke Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu bagi menyaksikan perlawanan pusingan ke – 2 Piala AFC di antara Kelantan menentang Terengganu pada 23 Mei 2012 jam 8.40 Malam.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...