KAFA terus maju kehadapan berbanding persatuan negeri lain apabila memperkenalkan sistem TRW ONLINE SHOPPING MALL yang beroperasi di laman web Theredwarriorsclub.com.
Laman web itu membolehkan Penyokong Setia Kelantan membeli barangan rasmi KAFA secara dalam talian seperti Jersi, cenderamata dan juga boleh menempah Tiket perlawanan membabitkan pasukan kelantan secara Online.
Oleh itu para penyokong THE RED WARRIORS tidak perlu bersusah payah untuk membeli tiket di kaunter stadium kerana mereka boleh melalukannya hanya dengan melayari laman web “the red warriors club” tersebut.
Laman web THEREDWARRIORSCLUB.com akan beroperasi secara rasmi pada 28 APRIL 2011.
