KEPUTUSAN BOLA SEPAK SUKAN ASIA 2010

Penjaga Gol Kelantan

khairul fahmi cemerlang menjaga gawang malaysia menentang iran

Barisan muda pemain Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan mereka selepas tewas 1 – 3 kepada pemain Iran.Barisan malaysia berjaya mengekang asakan hebat dari pemain iran apabila tidak dibolosi sepanjang separuh masa pertama.

Selain itu, Penjaga Gol Terbaik Liga Malaysia, khairul fahmi che mat juga bertindak cemerlang mempertahankan gawang malaysia dari dibolosi dengan angka yang lebih besar.Beliau menyelamatkan sekurang kurangnya 7 percubaan merbahaya Iran.

Gol iran masing masing dijaringkan oleh Ansari Fard minit ke 53, Hosseini minit ke 59 dan Sharafi pada minit ke 67 manakala gol saguhati malaysia adalah hasil dari sepakan penalti pemain paling bernilai liga malaysia iaitu Norshahrul Idlan Talaha.

Dengan kekalahan ini skuad bola sepak negara berpeluang menyambut hari raya aidiladha di Malaysia bersama keluarga tercinta.