INFO TIKET LIGA SUPER SELANGOR VS KELANTAN

Tiket Perlawanan Selangor vs Kelantan

Mula dijual pada hari Selasa 14 Februari 2012 Jam 10 pagi di Kaunter Stadium Nasional Bukit Jalil.
Harga : Rm15 Terbuka dan Rm5 untuk kanak kanak bawah 12 tahun.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke stadium, anda boleh menyaksikan siaran secara langsung Selangor vs Kelantan di RTM-1.

PERSAHABATAN : RED WARRIORS BENAM ADIK

Skuad Presiden bukan cabaran The Red Warriors

Skuad Liga Super Kelantan berjaya membenam Skuad Piala Presiden Kelantan 3 berbalas 0 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung pada petang tadi di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.

Dua gol Kelantan dijaringkan oleh pemain import Danny Antwi manakala satu gol lagi dijaringkan oleh pemain muda Khairul Izuan Rosli.

Perlawanan persahabatan ini bertujuan untuk mempersiapkan pasukan dan mengekalkan tahap kecergasan pemain Kelantan untuk menentang pasukan Kuala Lumpur pada 28 Januari dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.

Siaran Langsung

Jumaat 27 Januari –  PKNS vs Sabah – Astro Arena 801
Sabtu 28 Januari – Lions XII vs Terengganu – Astro Arena
Sabtu 28 Januari – Kedah vs Johor FC – RTM

SAKSIKAN PERLAWANAN PIALA SUMBANGSIH SECARA LIVE STREAMING

Link “Live Streaming Kelantan vs Negeri Sembilan” Klik Pada Link Di Bawah dan Tunggu 5 Saat kemudian Klik “Skip Ad”
RTM 1 - KLIK DISINI
Astro Arena KLIK DISINI
Anda juga boleh mengetahui Keputusan Semasa perlawanan dengan “LIKE” facebook page KelantanFA.com di http://facebook.com/kelantanfadotcom

KELAYAKAN OLIMPIK : MALAYSIA LWN SYRIA

Live update Malaysia vs Syria malam ini sila layari / like ( Facebook KelantanFA.com )

Malaysia vs Syria
23 November : 8.30 Malam : Rabu
Stadium Nasional Bukit Jalil
Tiket Rm50 Grandstand : Rm20 Terbuka : Rm5 Kanak-Kanak
Siaran Langsung @ TV1 dan Astro Arena

SUKAN SEA SEPARUH AKHIR : MALAYSIA VS MYANMAR

Petang nanti barisan anak buah Ong Kim Swee bakal berhadapan tugas getir untuk mara ke Perlawanan Akhir selepas dijadualkan bertemu dengan naib juara kumpulan B iaitu Myanmar.

Ong Kim Swee  tidak dibenarkan untuk memberi arahan di tepi padang pada perlawanan kali ini kerana digantung selepas beliau mengkritik penjaga garisan ketika perlawanan bertemu Indonesia 2 hari lalu.

Beliau juga tidak dibenarkan untuk menggunakan Walkie Talkie dan ini memberi kesukaran kepada beliau untuk memberi arahan kepada penolongnya, Hassan Sazali Waras.

“Saya tidak boleh menggunakan walkie-talkie dan terpaksa menggunakan orang perantaraan untuk menghantar nota arahan kepada Hassan pada perlawanan itu.

“Walaupun tidak dapat memberi arahan kepada pemain di tepi padang, ia bukan satu masalah kerana yang mustahak pemain faham situasi esok (hari ini) dan memberi tumpuan kepada strategi yang diterapkan,” katanya kepada Media tempatan.

Semua pemain Malaysia BEBAS dari penggantungan dan kecederaan kecuali pemain sayap lincah Wan Zaharulnizam Wan Zakaria yang mengalami Hamstring.Tempat beliau mungkin akan digantikan dengan seorang lagi pemain lincah iaitu Syahrul Azwari.

Perlawanan Malaysia vs Myanmar akan disiarkan secara langsung di Astro Arena, RTM dan Tv3 pada jam 4.55 petang ini dan selepas itu satu lagi aksi perlawanan separuh akhir iaitu Indonesia menentang Vietnam pada jam 8 malam waktu Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...