INFO TIKET LIGA SUPER SELANGOR VS KELANTAN

Tiket Perlawanan Selangor vs Kelantan

Mula dijual pada hari Selasa 14 Februari 2012 Jam 10 pagi di Kaunter Stadium Nasional Bukit Jalil.
Harga : Rm15 Terbuka dan Rm5 untuk kanak kanak bawah 12 tahun.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke stadium, anda boleh menyaksikan siaran secara langsung Selangor vs Kelantan di RTM-1.

PERSAHABATAN : RED WARRIORS BENAM ADIK

Skuad Presiden bukan cabaran The Red Warriors

Skuad Liga Super Kelantan berjaya membenam Skuad Piala Presiden Kelantan 3 berbalas 0 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung pada petang tadi di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.

Dua gol Kelantan dijaringkan oleh pemain import Danny Antwi manakala satu gol lagi dijaringkan oleh pemain muda Khairul Izuan Rosli.

Perlawanan persahabatan ini bertujuan untuk mempersiapkan pasukan dan mengekalkan tahap kecergasan pemain Kelantan untuk menentang pasukan Kuala Lumpur pada 28 Januari dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.

Siaran Langsung

Jumaat 27 Januari –  PKNS vs Sabah – Astro Arena 801
Sabtu 28 Januari – Lions XII vs Terengganu – Astro Arena
Sabtu 28 Januari – Kedah vs Johor FC – RTM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...