Pemilihan pemain Skuad Piala Presiden Kelantan 2012
Tarikh: 1-3 november,
Jam: 3pm
Tempat: Padang usm kubang kerian..
Tarikh: 1-3 november,
Jam: 3pm
Tempat: Padang usm kubang kerian..
KOTA BHARU – Reputasi Kelantan selaku kuasa baru bola sepak tempatan sekali lagi terbukti apabila muncul juara Piala Presiden setelah mengalahkan Majlis Perbandaran (MP) Muar 2-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.
Kali terakhir merangkul kejuaraan lima tahun lalu, skuad The President Warriors mengotakan janjinya dengan melengkapkan kejuaraan yang dimenangi malam tadi menjadikan enam trofi kejuaraan keseluruhan kini disimpan megah oleh pasukan Kelantan.
Malah kejayaan muncul juara edisi kali ini membolehkan Kelantan meraih trofi kejuaraan selain hadiah wang tunai RM100,000 sementara MP Muar selaku naib juara sekadar berpuas hati membawa pulang wang tunai RM50,000.
Beraksi dihadapan hampir 4,000 penyokong setia, rentak kecemerlangan Kelantan bermula seawal minit kesembilan menerusi jaringan penyerang sensasinya, Mohamad Aris Zaidi.
Berpunca sepakan penjuru Mohd Khairul Izuan Rosli, Mohamad Aris memanfaatkan situasi kelam-kabut didalam kotak penalti dengan merembat kencang menewaskan penjaga gol MP Muar, Mohd Khairul Izzuwan Shaari untuk gol pertama Kelantan.
Pada m-21, bekas pemain Harimau Muda, Mohd Khairul Izuan hampir menambahkan jaringan untuk Kelantan apabila rembatannya gagal ditangkap kemas Mohd Khairul Izzuwan namun pemain pertahanan MP Muar sempat mengeluarkannya daripada situasi merbahaya didepan pintu golnya.
Selang dua minit kemudian, pasukan MP Muar berjaya menjadikan Continue reading

Kelantan vs MP Muar
26 Julai 2011 – Selasa – 8.45 malam
Stadium Sultan Muhammad Ke IV
Siaran Langsung @ Astro Arena
Sumber : Sinar Harian

KOTA BHARU – Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sekali lagi diberi penghormatan apabila dipilih Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai gelanggang perlawanan akhir Kejohanan Piala Presiden pada 26 Julai ini.
Dua pasukan finalis, iaitu Kelantan dan Majlis Perbandaran (MP) Muar, Johor akan berentap memburu kejuaraan bagi merebut trofi kejuaraan dan wang tunai RM100,000, sementara naib juara bakal membawa pulang wang tunai RM50,000.
Kedua-dua pasukan layak ke perlawanan akhir musim ini setelah mengalahkan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir.
Kelantan berjaya mengetepikan saingan PKNS Selangor menerusi kemenangan agregat 2-0 sementara MP Muar mengejutkan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) menerusi peraturan gol di tempat lawan setelah terikat agregat 3-3.
Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Arif Hassan berkata, pihaknya sudah menerima pengesahan secara rasmi daripada FAM berkenaan pemilihan stadium di Kota Bharu itu sebagai gelanggang perlawanan akhir kejohanan tersebut musim ini.
“Bagi ketetapan perlawanan akhir Kejohanan Piala Presiden musim ini, sepak mula dimulakan jam 8.45 malam sebagaimana kebiasaan bagi perlawanan lain dalam Liga Malaysia,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, pihak Kafa juga memutuskan harga tiket bagi tempat duduk teres berbumbung bagi perlawanan akhir ini ialah RM10 sementara tempat duduk terbuka RM5. Tiket-tiket perlawanan akan dijual pada hari perlawanan tersebut.
“Sehubungan itu, saya berharap peminat setia bola sepak Kelantan membanjiri stadium pada perlawanan ini bagi memberi sokongan kepada pasukan The President Warriors.
“Ini merupakan peluang terbaik bagi kita menambahkan koleksi trofi kejuaraan kali keenam dengan memenangi piala ini,” katanya semalam.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Ariff turut memaklumkan sebanyak lapan pasukan termasuk Akademi Bola Sepak Darul Naim (ABDN) bakal berentap dalam Kejohanan Liga Akademi Bola Sepak Al-Hamra Red Warriors (ARMY) yang bermula Jumaat ini.
“Kejohanan julung kali anjuran Kafa itu bakal menyaksikan 16 pasukan dari pasukan bawah 14 tahun dan 16 tahun berentap secara liga yang diasingkan kepada dua kumpulan.
“Pasukan terlibat ialah ARMY Kota Bharu 1, Kota Bharu 2, ARMY Chengal, ARMY Bachok, ARMY Tanah Merah, ARMY Tumpat, ARMY Kuala Krai selain ABDN yang turut menyertai atas kapasiti sebagai pasukan jemputan,” katanya.
Skuad Piala Presiden Kelantan mara ke Final selepas mengatasi PKNS Selangor dengan aggregat 2 – 0 hasil kemenangan 2 – 0 pada separuh akhir pertama di stadium sultan muhammad ke iv dan seri 0 – 0 pada separuh akhir kedua yang berlangsung petang tadi di stadium MBPJ petaling jaya.
Kelantan akan bertemu MP Muar dalam perlawanan akhir pada tarikh tidak rasmi 21 Julai 2011 ini namun lokasi perlawanan belum di umumkan lagi.