JUARA LIGA SUPER BERTEMU JUARA PIALA FA

Kelantan dan Terengganu Piala Malaysia

Dua pemain tengah Shakir Shaari dan Ismail Faruqi ( Tengah dan Kiri ) bakal menjadi taruhan Jurulatih pasukan masing masing.

Pertembungan 2 Jaguh Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu dalam saingan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2011 pada 10 Oktober 2011 ( esok ) sudah pasti menjadi tumpuan penyokong di seluruh Malaysia terutama di Terengganu dan Kelantan.

Rekod pertembungan kedua dua pasukan pada musim ini dilihat seimbang yang menyaksikan Terengganu menang sekali (  2 – 1 di Final Piala FA ), Kelantan menang sekali ( 0 – 3 dalam saingan Liga Super pusingan ke 2 di Kuala Terengganu ) dan Seri 1 – 1 dalam pertembungan pusingan pertama Liga Super di Stadium Sultan Muhammed Ke IV.

Tugas sukar menanti anak buah Dato’ M Karathu untuk membawa balik bekalan gol di tempat lawan ke Kota Bharu kerana harus bermain di gelanggang lawan di hadapan ribuan penyokong fanatik tuan rumah yang dilihat berkobar kobar untuk memenuhi stadium sultan ismail nasaruddin shah NAMUN itu bukan alasan untuk Kelantan melakukan kejutan ke atas Juara Piala FA musim 2011 itu.

Kembalinya kelibat penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha dan penjaga gol utama kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat dari kem skuad malaysia sudah pasti mendatangkan gerun kepada anak buah Irfan Bakti.

Shahrul Idlan Talaha yang menjaringkan 2 gol ketika membantu Kelantan menewaskan Terengganu  3 – 0 di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah Jun lalu sudah pasti ingin bangkit membalas dendam ekoran kekalahan Kelantan kepada Terengganu dalam perlawanan akhir Piala FA 2011.

Kelantan berkemungkinan bakal turun dengan kesebelasan utama seperti Khairul Fahmi, Subramaniam, Farisham, Daudsu, Aziz Ismail, Nurul Azwan Roya, Badhri Radzi, Shakir Shaari, Chanturu, Shahrul Idlan dan Azamuddin Akil manakala Terengganu pula kemungkinan akan menurunkan pemain seperti Sharbinee, Marzuki Yusof, Helmi Rameli, Zubir, Faizal Muhamad, Joseph Kalang Tie, Reshafiq Alwi, Ismail Faruqi, Ashaari, Hadi Yahya dan Manaf Mamat.

 

INFO : Kemungkinan tiada Siaran Langsung Terengganu dan Kelantan pada 10 Oktober 2011

JADUAL PERLAWANAN PERSAHABATAN & SUKU AKHIR KELANTAN

7 Oktober 2011 ( Perlawanan Persahabatan Untuk Menilai 3 Pemain Import Kelantan )

Kelantan FA vs Songkhla FC
8.45 malam : Jumaat
Stadium Sultan Muhammad IV

10 Oktober 2011 – Suku Akhir Pertama Piala Malaysia

Terengganu FA vs Kelantan FA
8.45 malam : Isnin
Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah

14 Oktober 2011 – Suku Akhir Kedua Piala Malaysia

Kelantan FA vs Terengganu FA
8.45 malam : Jumaat
Stadium Sultan Mohammad IV

JOHOR FC VS KELANTAN – SERI SUDAH MEMADAI

Norshahrul Idlan Talaha

Aksi Matyo ketika menggelecek pertahanan Johor FC - Kredit Gambar : Shazli@Theredwarriors.com

Juara bertahan piala malaysia Kelantan sekadar seri 1 – 1 dengan pasukan kelab dari selatan tanahair iaitu Johor FC.Walaupun sekadar seri Kelantan naik ke tangga teratas kumpulan C dengan 10 mata dan berkongsi mata dengan Felda United namun kelebihan jaringan berpihak kepada pasukan The Red Warriors itu.

Pada aksi di stadium Jcorp pasir gudang, pasukan Johor FC terlebih dahulu mengejutkan pasukan Kelantan dengan jaringan minit ke 2 dari Akmal Md Noor yang menewaskan penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat.

Kelantan tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol penyamaan apabila sepakan lintang Shahrul Idlan Talaha terkena kepala pertahanan Johor FC di dalam kotak penalti dan bola terus ke arah Azamuddin Akil dan Azamuddin Akil mudah menyepak masuk menewaskan Penjaga Gol Johor FC iaitu Anis Faros pada minit ke 8.

Selepas dua jaringan dari kedua dua pasukan tersebut perlawanan menjadi sedikit hambar namun kedua dua pasukan sekali sekala menyerang kubu lawan masing masing.

Keputusan 1 – 1 kekal hingga tamat perlawanan.Pada aksi kumpulan C yang lain Sarawak berjaya mencipta kejutan apabila menewaskan Felda United 1 – 0.

Kelantan dan Felda United akan bertemu sesama sendiri untuk penentuan tempat pertama dan kedua kumpulan C pada 27 September 2011 di stadium sultan muhammad ke IV, Kota Bharu.

Video Gol Kelantan dan Johor FC ( Kredit Sokernet.com )

http://www.youtube.com/watch?v=a7jjGTc4JcI

RED WARRIORS MENGAMUK

Badhri Radzi Piya

Aksi badhri radzi ketika menjaringkan gol keempat Kelantan pada masa kecederaan - Kredit : Shazli@Theredwarriors.com

Kelantan bagai sang kijang yang terluka selepas tewas 0 – 2 kepada Felda United rabu lalu bangkit membenam naib juara liga perdana 2011 iaitu pasukan Sarawak 4 – 0 di gelanggang keramat Stadium Sultan Muhammed Ke IV, Kota Bharu malam tadi.

Namun Kelantan harus menunggu pada minit ke 81″ untuk menjaringkan gol hasil jaringan dari kapten pasukan Badhri Radzi.Tujuh minit selepas itu Kelantan sekali lagi menambah jaringan menerusi Shahrul Idlan melalui hantaran dari Badhri Radzi.

Badhri Radzi sekali lagi cemerlang melorongkan bola kepada Danial Fadzly yang menyempurnakan gol ke tiga buat Kelantan pada minit ke 89 dan gol terakhir Kelantan pada masa kecederaan hadir selepas suasana kelam kabut dalam kotak penalti dan Badhri Radzi tidak teragak agak untuk merembat masuk bola untuk memberikan kemenangan selesa 4 – 0 ke atas Sarawak.

Perlawanan seterusnya Kelantan dijadualkan bertemu dengan pasukan kelab Johor FC pada 24 September 2011.

Video Gol Kelantan ( Kredit Sokernet.com )

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=rW8scBnw04U

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...