
Live Streaming : www.KelantanFA.com/live-streaming

Live Streaming : www.KelantanFA.com/live-streaming
Naib Juara Piala FA musim lalu iaitu Kelantan FA sekali lagi mara ke pentas Akhir Piala FA 2012 selepas berjaya menyingkirkan kedah menerusi aggregat 3 – 3 ( Kelantan layak dengan kelebihan 2 gol di tempat lawan berbanding Kedah yang mempunyai 1 gol di tempat lawan. ).
Kelantan FA yang ketinggalan 2 gol pada separuh masa pertama hasil dua jaringan dari penyerang lincah Kedah iaitu Khyril Muhaimeen bangkit menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua menerusi gol dari Obinna Nwaneri dan Mohammed Ghaddar masing masing pada minit ke 47″ dan 61″.
Dengan keputusan seri 2 – 2 di Stadium Darulaman sudah cukup untuk membawa Kelantan ke Final Piala FA 2012 buat kali kedua berturut turut.
Lawan Kelantan FA di final nanti ialah pasukan kelab Sime Darby yang mencipta kejutan menewaskan Juara Bertahan Terengganu hasil kemenangan aggregat 2 – 1.
Perlawanan Akhir Piala FA 2012 dijangka akan berlangsung pada 19 Mei 2012 namun venue perlawanan masih belum ditentukan samada di Stadium Shah Alam atau Stadium Nasional Bukit Jalil.
Video Gol Pasukan Kelantan FA dan Kedah FA

200 Penyokong Kedah Yang Bertandang Ke Stadium Kelantan : Kredit Kepada Uploader
Kelantan gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri selepas hanya sekadar seri 1 – 1 dengan pasukan dari Utara iaitu Kedah FA.
Beraksi di hadapan lebih 20 Ribu Penyokong Setia The Red Warriors, Kelantan dilihat garang menyerang kubu pasukan Kedah dan hasilnya pada minit ke 16″ Norshahrul Idlan Talaha berjaya menjaringkan gol hasil gerakan menarik Badhri Radzi, Ghaddar dan disudahkan dengan bergaya oleh Mat Yo.
Tersentak dengan jaringan Kelantan, Kedah terus melakukan asakan dan pemain import baru Kedah FA iaitu Gero berjaya melakukan larian solo menewaskan 3 pertahanan Kelantan dan seterusnya merembat masuk untuk gol penyamaan Kedah.
Tamat separuh masa pertama Kelantan 1 – 1 Kedah.
Bermula separuh masa Kedua, Kelantan dilihat banyak menyerang walaupun telah kehilangan “playmaker” Badhri Radzi yang digantikan dengan Nurul Azwan Roya kerana mengalami masalah kecederaan pada lewat babak separuh masa pertama.
Pada pertengahan babak kedua, Kelantan dan Kedah terpaksa bermain dengan 10 orang pemain selepas pemain Kedah dan Daudsu dilayangkan kad merah.
Walaupun lebih banyak menyerang pada separuh masa kedua, Kelantan gagal menemui sebarang jaringan gol kerana masalah ketumpulan di jentera serangan dan keputusan 1 – 1 kekal sehingga tamat waktu permainan.
Kelantan akan bertandang ke Stadium Darulaman, Kedah dalam aksi timbal balik separuh akhir kedua piala fa pada 1 Mei 2012.
Pada aksi separuh akhir lain menyaksikan Sime Darby berjaya mengejutkan Juara Bertahan Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah dengan keputusan 2 – 1.

Norfarhan Muhammad Ledak 2 Gol - Foto : http://mazram-iv.blogspot.com
Kelantan FA berpeluang cerah untuk mara ke peringkat Separuh Akhir Piala FA 2012 selepas berjaya menewaskan pasukan kelab dari Liga FAM iaitu KL Spa dengan jaringan 3 – 0.
Pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, Kelantan dilihat lebih mendominasi perlawanan dengan banyak serangan ke arah gawang gol pasukan KL Spa.
Namun Kelantan terpaksa menunggu hingga minit ke 45″ untuk membuka tirai jaringan menerusi Kapten Pasukan iaitu Badhri Radzi yang merembat bola di luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol KL Spa.
Norfarhan Muhammad muncul penjaring kedua dan ketiga perlawanan pada minit ke 53″ dan 79″ untuk membantu Kelantan selesa pulang ke Kota Bharu dengan berbekalkan 3 Gol di tempat lawan.
Kelantan akan bertemu KL Spa pada Aksi Kedua Suku Akhir Piala FA di Stadium Sultan Muhammad Ke IV pada 27 Mac 2012 ini.
Video Gol Kelantan vs KL Spa : Kredit Tauke21
KLIK DISINI UNTUK VIDEO GOL KELANTAN - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )