PENYERANG BERBISA KEMBALI 3 MINGGU LAGI

Norshahrul Idlan Talaha

Penyerang berbisa Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha dijangka akan kembali dari kecederaan lutut pada perlawanan Separuh Akhir Piala FA 2012 menentang Kedah 21 April ini.

Norshahrul Idlan Talaha yang menjalani rawatan di ISN selama seminggu sudah tidak sabar untuk pulang ke Kota Bharu dan membantu rakan sepasukan untuk membalas dendam kekalahan Final Piala FA pada tahun lalu.

“Saya ucapkan tahniah kepada rakan sepasukan yang berjaya mengekalkan kedudukan selaku pendahulu liga super dan berjaya mara ke separuh akhir Piala FA dan target kita ialah ke perlawanan akhir Piala FA 2012 dan balas balik untuk tahun lepas”, kata Norshahrul ketika di temubual pihak media.

KIJANG MENGAMUK DI BUKIT JALIL

Norfarhan Muhammad

Norfarhan Muhammad Ledak 2 Gol - Foto : http://mazram-iv.blogspot.com

Kelantan FA berpeluang cerah untuk mara ke peringkat Separuh Akhir Piala FA 2012 selepas berjaya menewaskan pasukan kelab dari Liga FAM iaitu KL Spa dengan jaringan 3 – 0.

Pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, Kelantan dilihat lebih mendominasi perlawanan dengan banyak serangan ke arah gawang gol pasukan KL Spa.

Namun Kelantan terpaksa menunggu hingga minit ke 45″ untuk membuka tirai jaringan menerusi Kapten Pasukan iaitu Badhri Radzi yang merembat bola di luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol KL Spa.

Norfarhan Muhammad muncul penjaring kedua dan ketiga perlawanan pada minit ke 53″ dan 79″ untuk membantu Kelantan selesa pulang ke Kota Bharu dengan berbekalkan 3 Gol di tempat lawan.

Kelantan akan bertemu KL Spa pada Aksi Kedua Suku Akhir Piala FA di Stadium Sultan Muhammad Ke IV pada 27 Mac 2012 ini.

Video Gol Kelantan vs KL Spa : Kredit Tauke21

KLIK DISINI UNTUK VIDEO GOL KELANTAN - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )

PIALA AFC : KELANTAN LWN NAVIBANK SAIGON

AFC CUP - Kelantan Navibank Saigon

Foto : Gegar Media

Hari Istimewa Kelantan FA

Jurulatih Baru Kelantan, Bojan Hodak berkata penampilan pertama Kelantan dalam saingan Piala AFC adalah hari yang sangat istimewa.

“Hari ini adalah hari yang istimewa kerana Kelantan berpeluang bermain di saingan Piala AFC buat pertama kali dalam sejarah dan kita mampu untuk ke pusingan seterusnya”, Kata Bojan Hodak ketika ditemubual media tempatan.

Kelantan akan turun sebagai tuan rumah menentang pasukan di tangga ke 11 Liga Vietnam iaitu Navibank Saigon hari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Bojan Hodak juga mengesahkan beliau akan menurunkan 3 pemain import dalam Kesebelasan Utama dan kemungkinan pemain itu ialah Mohammed Ghaddar, Obinna Nwaneri dan Nwoha.

Beliau juga berkata Pertahanan Subramaniam dan Daudsu serta Penyerang Shahrul Idlan Talaha mungkin tidak akan bermain malam ini dan Bojan yakin pengganti mereka ini akan melakukan yang terbaik dalam perlawanan nanti.

Badhri Radzi

Sumber Foto : Berita Harian Online

Kapten Pasukan, Badri Radzi ( Kanan ) pula berkata beliau dan rakan sepasukan akan memberikan persembahan yang terbaik dalam perlawanan pertama Piala AFC itu.”Kami mempunyai kelebihan sebagai tuan rumah dan penyokong kami akan mengharapkan kita memenangi perlawanan ini,” katanya.

Jangan lupa untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 Mac 2012 Jam 8.40 malam untuk menyaksikan perlawanan pertama Kelantan dalam saingan Piala AFC menentang Navibank Saigon.Tiket berharga Rm15 Terbuka dan Rm30 Grandstand.

DAUDSU TERLIBAT DALAM KEMALANGAN

Daudsu Kemalangan Jalan Raya

Mitsubishi Lancer Milik Daudsu Musnah - Foto : Daudsu

Tonggak Pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaludin terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dekat dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa pada pukul 8 malam semalam.

Namun Daudsu dan keluarganya tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk tetapi kereta Mitsubishi Lancer miliknya musnah dalam kemalangan itu dipercayai kerana merempuh pagar berdekatan dengan lapangan terbang tersebut.

Daudsu akan diberikan cuti oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan ( KAFA ) dan kemungkinan akan terlepas 2 aksi bersama Red Warriors pada 7 Mac menentang Navibank Saigon dalam saingan Piala AFC dan 10 Mac menentang Kuala Lumpur dalam saingan Piala FA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...