theredwarriors.com

Pada petang jumaat 8 Januari 2010, satu majlis perasmian jersi baru Kelantan FA 2010 dan juga perasmian website portal rasmi KAFA iaitu Theredwarriors.com diadakan di KTC.Lebih 2 ribu pengunjung hadir untuk menyaksikan rupa sebenar jersi baru pasukan kesayangan mereka.

Jersi Kelantan FA 2010

Jersi The RedWarriors

Jersi The Redwarriors Kelantan

Tan Sri Annuar Musa

www.KelantanFA.com

Kelantan Trade Centre KTC

Jadual Perlawanan Liga Super Kelantan FA 2010

Jadual Perlawanan Liga Super Kelantan FA 2010

Gambar kredit kepada blog http://epiq835.blogspot.com/

Final – Malaysia 1 – 0 Vietnam

Posted by admin | 17/12/09 | Tagged News

Berakhir sudah perlawanan akhir untuk pingat emas sukan sea di LAOS yang berkesudahan dengan Malaysia menang 1 – 0 menewaskan Vietnam.Jaringan tunggal terhasil daripada sepakan Safiq Rahim kemudian Norshahrul Idlan Talaha menyentuh sedikit bola dan  terkena pemain pertahanan vietnam dan terus menggegar jaring.

Dengan kemenangan itu tamatlah kemarau 20 tahun pingat emas bagi acara bola sepak lelaki yang kali terakhir dimenangi oleh Malaysia pada tahun 1989.Tahniah buat pasukan Malaysia dan K. Rajagobal

Perlawanan Persahabatan Di Kota Bharu

Posted by admin | 17/12/09 | Tagged Friendly, News

23 December 2009 – Kelantan FA VS T TEAM
26 December 2009 – Kelantan FA VS Narathiwat FC
30 December 2009 – Kelantan FA VS Felda United
2 Januari 2009 – Kelantan FA VS Staf USM FC

Final Sukan Sea Malaysia VS Vietnam

Posted by admin | 16/12/09 | Tagged News

Tonton secara langsung perlawanan akhir bola sepak sukan sea di antara Malaysia LWN Vietnam pada 17 December 2009 – Khamis Jam 5.45 petang hanya di RTM2 & TV3.

Friendly: Chonburi FC vs Kelantan FA 15/12/2009

Posted by admin | 15/12/09 | Tagged Friendly, News

Kelantan FA

sumber dari betterman @ forum.kelate.net

Laos 1 – 3 Malaysia

Posted by admin | 14/12/09 | Tagged News

Malaysia bawah 23 meneruskan kemaraan apabila mara ke perlawanan akhir sukan sea selepas membelasah pasukan tuan rumah LAOS 3-1, dua gol Harimau Malaya dijaringkan oleh baddrol bakhtiar manakala satu gol lagi disempurnakan oleh Safiq Rahim.

Malaysia akan berdepan Vietnam pada perlawanan akhir bagi merebut pingat emas sukan sea di LAOS.

Laos VS Malaysia

Posted by admin | 14/12/09 | Tagged News

Saksikan secara langsung Separuh Akhir LAOS VS MALAYSIA pada hari ini jam 8 malam di tv2

Gomo Malaysia Gomo

Hairuddin Omar Sertai Kelantan FA 2010

Posted by admin | 08/12/09 | Tagged News

Khabar angin yg mengatakan Hairuddin Omar (Gambar) akan menyertai pasukan Kelantan FA 2010 akhirnya terjawab apabila beliau SAH menyertai pasukan kelantan untuk musim 2010 nanti.Dengan tersenarainya hairuddin omar maka genaplah 25 orang pemain kelantan untuk musim 2010.

Sumber : hareez15@kelate.net

Harga Tiket Bola Di Kelantan Naik

Posted by admin | 01/12/09 | Tagged News

Tiket perlawanan bola sepak membabitkan pasukan Liga Super Kelantan di Stadium Sultan Muhamad ke-IV, Kota Bharu dinaikkan kepada RM25 bagi tempat duduk astaka dan RM12 bagi tempat duduk terbuka.

Harga itu dinaikkan untuk saingan liga super, pusingan awal Piala FA dan Piala Malaysia. Bermula peringkat kalah mati kedua-dua kejohanan piala tersebut, KAFA akan menaikkan tiket kepada RM30 bagi astaka dan RM15 bagi tempat duduk terbuka.

Perkara ini disahkan sendiri Datuk Affendi Hamzah yang ditemui Reds-News sebentar tadi di dewan 1, Hotel Juita Premier dalam jamuan Hi-Tea KDN bersama KAFA.

Menurut Datuk Affendi dalam mesyuarat KAFA baru-baru ini, mereka bersetuju untuk menaikkan harga tiket perlawanan Kelantan di Kota Bharu atas beberapa sebab yang tidak dijelaskan.

Selain itu, beliau juga menjelaskan serba sedikit masalah tiket yang berlaku ketika perlawanan suku akhir dan separuh akhir Piala Malaysia tempoh hari dimana KAFA menyedari berlakunya penyelewengan dalam jualan tiket.

Kami menyedari tiket ini diseleweng tanpa pengetahuan kerana kebanyakan tiket tidak diambil melalui KAFA tetapi melalui ejen yang dilantik untuk mencetak tiket. Pihak ini berurusan terus dengan ejen tanpa diberitahu kepada KAFA menyebabkan kami tidak dapat mengetahui masalah sebenar, ujarnya.

Tetapi sebenarnya kami kini sedang berusaha keras mencari idea atau tonik terbaik untuk mengatasi masalah ini dari terus berleluasa.

Justeru itu, jika pihak Kelate.net mempunyai sebarang cadangan dan pendapat, pihak KAFA mengalukan-alukan perkara ini untuk diperhalusi seterusnya membantu KAFA mengatasi penyelewengan tiket.

KAFA juga menyedari masalah ulat tiket tetapi persatuan tidak boleh mengambil sebarang tindakan walaupun terdapat dalam undang-undang untuk mendakwa mereka yang mengambil kesempatan terhadap kefanatikan peminat Kelantan.

Selain harga tiket dinaikkan, KAFA juga sedang berbincang untuk menyediakan satu jenis perkhidmatan yang tidak dapat diberitahu buat masa sekarang dan ianya akan diumumkan pada masa yang sesuai sebelum saingan liga bermula, kata Datuk Affendi sebelum mengakhiri ucapan.

Artikel dipetik dari : http://redsfc-news.blogspot.com/