YB Dato’ Abdul Fattah Bin Hj. Mahmood, Pengerusi Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Negeri Kelantan mengumumkan CUTI PERISTIWA pada 20 Mei 2012 sempena perlawanan bolasepak PIALA FA.
Kami penyokong Kelantan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan atas keprihatinan yang diberikan.
Kelantan meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Super selepas berjaya membenam PKNS FC 3 jaringan berbalas 0.
Kelantan membuka tirai jaringan menerusi penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke 25″ dan keputusan 1 – 0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.
Kelantan terpaksa menunggu hingga minit ke 84″ untuk menjaringkan gol kedua dan kali ini Obinna Nwaneri berjaya menanduk masuk bola menewaskan penjaga gol PKNS hasil hantaran penjuru dari Badhri Radzi.
Gol ketiga Kelantan hadir pada minit ke 88″ menerusi penyerang import lincah Mohammad Ghaddar hasil larian solo selepas menerima hantaran dari Khairul Fahmi Che Mat.
Tamat perlawanan Pkns 0 – 3 Kelantan
Perlawanan Kelantan seterusnya ialah Final Piala FA 2012 menentang Sime Darby pada 19 Mei 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Lions XII mengumpul 40 mata dari 20 perlawanan manakala Kelantan mengumpul 37 mata dari 16 perlawanan.
Persatuan Bola Sepak Kelantan ( KAFA ) bakal menempah 40 ribu keping tiket untuk perlawanan akhir Piala FA 2012.
Tan Sri Annuar Musa menjelaskan 40 ribu keping tiket itu akan dijual di 3 lokasi iaitu Kaunter Tiket Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu sebanyak 15 ribu keping tiket, penjualan di Lembah Klang sebanyak 10 ribu keping tiket dan jualan untuk kelab kelab penyokong sebanyak 10 ribu keping tiket.
Tiket di Stadium Sultan Muhammad Ke IV akan dijual bermula pada tarikh 15, 16 dan 17 Mei 2012 manakala tempahan tiket bagi kelab penyokong boleh di buat sekarang sehingga 14 Mei 2012 jam 3 petang.
Tan Sri Annuar Musa melalui Facebooknya mengumumkan Kelantan FA bakal menerima penajaan dari Syarikat Coklat Terkemuka Dunia iaitu Snickers dalam masa terdekat.
Snickers yang mengaut keuntungan lebih 2 Billion Dollar setiap tahun akan memberikan 10,000 Snickers percuma kepada penyokong setia Red Warriors yang hadir menyaksikan perlawanan Liga Super di antara Kelantan menentang Lions pada 4 Mei 2012 ini di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.
Selain itu, Snickers Malaysia juga memilih pasukan The Red Warriors untuk menjadi wakil pasukan Malaysia dalam kejohanan yang akan diberitahu kelak.
Penyerang kebangsaan Lubnan SAH menggantikan Nwoha Onyekachi dalam saingan Liga Super 2012.
Perkara ini telah di sahkan oleh Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail dan beliau berkata pertukaran ini adalah hasil persetujuan dari Jurulatih Kelantan FA iaitu Bojan Hodak.
Keputusan ini juga dilakukan selepas melihat prestasi tidak konsisten Nwoha Onyekachi dan prestasi yang semakin meningkat Mohammad Ghaddar yang telah menjaringkan 6 gol dalam 4 penampilan Piala AFC.
Ghaddar kemungkinan akan diturunkan pada aksi pusingan kedua Liga Super menentang T-Team 17 April 2012 ini di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu.
Nwoha Onyekachi pula kemungkinan akan kekal beraksi dalam saingan Piala AFC bersama 3 pemain import lain iaitu Obinna, Ghaddar dan Dennis Antwi.