LIGA SUPER 2012 – RED WARRIORS RAIH 3 MATA MANAKALA SINGAPURA KEMPUNAN RAMPAS TAKHTA LIGA

Indra Putra

Indra Meraikan Jaringan Gol ke 4 Kelantan - Foto : Dunia Warriors

Juara bertahan, Kelantan terus raih 3 mata berharga dalam saingan Liga Super 2012 selepas membenam cabaran Felda United dengan keputusan 5 – 1.Dengan kemenangan ini Kelantan berjaya meraih 26 mata dalam 11 perlawanan diikuti rapat pasukan dari Singapura Lions XII di tempat kedua dengan 24 mata dari 12 perlawanan.

Di Stadium Sultan Muhammad malam tadi, Nwoha berjaya menjaringkan 2 gol dan 3 gol lagi masing masing dijaringkan oleh Farhan, Indraputra dan Badhri Radzi manakala gol saguhati Felda United hasil dari rembatan jarak jauh pemain muda Felda iaitu Azrul Ahmad.

Selepas ini Kelantan FA akan bertemu Arema Indonesia dalam saingan Piala AFC pada 4 April 2012 Jam 8.40 dijangka berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.

Kedudukan Liga

Kedudukan Liga Super

Keputusan Lain

Terengganu 0 0 Johor FC
Lion XII 2 1 T-Team
Sabah 1 1 Selangor
PKNS 1 4 Sarawak

Video Gol Kelantan vs Felda ( Kredit : EVC )

BOJAN HODAK UBAH TAKTIKAL BERDEPAN PERAK

Perak Lawan Kelantan

Foto : Ery Studio | Design After live

Jurulatih Kelantan Bojan Hodak tetap bersikap Optimis berdepan pasukan Perak FA walaupun tanpa kelibat Penyerang utama kebangsaan iaitu Norshahrul Idlan Talaha yang masih belum cergas sepenuhnya selepas mengalami kecederaan.

Tanpa Shahrul Idlan yang kemungkinan diketepikan, Bojan dilihat bakal mencorakkan perubahan taktikal untuk berhadapan dengan anak buah Norizan Bakar 17 Mac 2012 ini.

Perubahan taktikal tersebut akan lebih menekankan bahagian Serangan serta Pertahanan dan besar kemungkinan Indraputra Mahyuddin bakal bermain sebagai penyerang bagi menggantikan Norshahrul Idlan Talaha.

“Kita adalah pasukan yang menghuni tangga teratas Liga dan kita lebih baik berbanding pasukan lain” Jelas Bojan Hodak.

Beliau juga mengganggap Perak adalah lawan yang sukar dijinakkan dan berharap pasukan The Red Warriors akan meraih keputusan positif di Stadium Ipoh nanti.

Jangan lupa menyaksikan Siaran Secara Langsung Perak dan Kelantan pada 17 Mac 2012 Jam 8.40 malam di RTM 1.

Update : Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dijangka tidak akan beraksi kerana mengalami masalah kecederaan bahu dan akan digantikan dengan penjaga gol nombor dua iaitu Shahrizan Ismail atau Mat Chah.

KELANTAN BENAM NEGERI SEMBILAN UNTUK KUKUHKAN KEDUDUKAN DI PERSADA LIGA

Chanturu

Foto : Kelate.net

Chanturu muncul wira perlawanan  selepas berjaya menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan untuk menewaskan Negeri Sembilan dengan Jaringan 2 – 1 sekaligus membolehkan Kelantan mengukuhkan kedudukan di Persada Liga Super dengan 20 mata dalam 9 Perlawanan.

Badhri Radzi terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke 2″ selepas rembatannya terbias terkena pertahanan Negeri Sembilan dan terus menerjah jaring gol.

Gol penyamaan Negeri Sembilan hadir pada separuh masa kedua permainan minit ke 53″ selepas tandukan Shakir Ali berjaya menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Kelantan harus menunggu hingga minit ke 90″ untuk menjaringkan gol kemenangan menerusi pemain lincah S.Chanturu yang berjaya menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan Farizal Marlias.

Tamat Perlawanan Kelantan memperoleh 3 mata berharga di laman sendiri dengan menewaskan Negeri Sembilan 2 – 1.

Perlawanan Kelantan seterusnya ialah menentang Navibank Saigon dalam Saingan Piala AFC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 Mac 2012.

Video Gol Perlawanan – Kredit Sokernet.com

Gol Badhri Radzi - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )

Gol Shakir Ali - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )

Gol Kemenangan Chanturu - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )