THE RED WARRIORS GARANG BENAM PKNS FC

Kelantan meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Super selepas berjaya membenam PKNS FC 3 jaringan berbalas 0.

Kelantan membuka tirai jaringan menerusi penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke 25″ dan keputusan 1 – 0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Kelantan terpaksa menunggu hingga minit ke 84″ untuk menjaringkan gol kedua dan kali ini Obinna Nwaneri berjaya menanduk masuk bola menewaskan penjaga gol PKNS hasil hantaran penjuru dari Badhri Radzi.

Gol ketiga Kelantan hadir pada minit ke 88″ menerusi penyerang import lincah Mohammad Ghaddar hasil larian solo selepas menerima hantaran dari Khairul Fahmi Che Mat.

Tamat perlawanan Pkns 0 – 3 Kelantan

Perlawanan Kelantan seterusnya ialah Final Piala FA 2012 menentang Sime Darby pada 19 Mei 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kedudukan Liga Super 2012

Lions XII mengumpul 40 mata dari 20 perlawanan manakala Kelantan mengumpul 37 mata dari 16 perlawanan.

Video Gol Kelantan FA vs PKNS Dari Sokernet.com

KELANTAN RED WARRIORS GEGAR SINGAPURA

The Red Warriors mempamerkan watak Sang Juara apabila menang bergaya  ke atas pendahulu Liga Super iaitu pasukan Singapura Lions XII dengan keputusan 3 – 0

Kelantan FA berpeluang awal untuk membuka tirai jaringan namun sepakan penalti The Linesman Shahrul Idlan Talaha diselamatkan oleh penjaga gol Lions XII iaitu Hyrulnizam Juma’at.

Selepas itu kedua dua pasukan saling menyerang dan penjaga gol Kelantan dan Lions XII bertindak cemerlang menahan kubu masing2 dari dibolosi penyerang lawan.

Kedudukan 0 – 0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Bermula separuh masa kedua Kelantan FA dilihat lebih banyak menyerang melalui sayap kanan lincah iaitu S.Chanturu yang banyak membawa bola ke kawasan bahaya namun tiada sebarang jaringan tercipta hingga minit ke 73″

Kekebalan Lions XII akhirnya roboh jua apabila S.Chanturu menjaringkan gol pada minit ke 74″ melalui sepakan gunting hasil hantaran dari Norshahrul Idlan Talaha untuk menceriakan lebih 20 Ribu penyokong Red Warriors.

Tidak sampai 5 minit, gawang gol Lions XII bolos lagi dan penjaring gol kali ini adalah penyerang Norfarhan Muhammad yang bijak merembat masuk hantaran dari Badhri Radzi.

Rizal Fahmi Rosid menutup malam gemilang pasukan Kelantan FA apabila merembat kencang bola untuk menggegarkan gawang gol Lions XII yang menyaksikan Penjaga Gol Lions XII tidak mampu berbuat apa apa dan memberikan Kelantan kemenangan 3 – 0.

Kemenangan 3 – 0 dan 3 mata berharga berjaya dikutip pasukan Kelantan FA seterusnya menyaksikan Kelantan terus menghambat Lions XII di puncak liga yang mengumpul 36 mata dari 18 perlawanan manakala Kelantan pula mengumpul 34 mata dari 15 perlawanan.

Kedudukan Liga Super 2012

Video Gol Kelantan FA dari Sokernet.com dan Tauke21

Video Gol Chanturu - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )

Video Gol Farhan - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )

Video Gol Rizal Fahmi Rosid - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )

KELANTAN BANGKIT DARI KETINGGALAN UNTUK MEMBENAM T-TEAM

Juara bertahan, Kelantan bangkit dari ketinggalan untuk membenam pasukan Terengganu T-Team dengan keputusan 1 – 2.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah Kuala Terengganu, Kelantan dikejutkan dengan gol Khairul Izwan pada minit ke 53″ namun S.Chanturu berjaya menyamakan kedudukan melalui rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke 67″

Dalam perlawanan yang dilihat seakan berakhir dengan keputusan seri, Ghaddar muncul penyelamat selepas berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke 88″ selepas pemain T-Team dilayangkan kad merah kerana menampan bola dalam kotak penalti.

Tamat Perlawanan Kelantan mengutip 3 mata berharga menewaskan T-Team 2 – 1.

Perlawanan Liga Super 2012 Kelantan seterusnya ialah menentang pasukan Lions XII di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu pada 4 Mei 2012.

KEDUDUKAN LIGA SUPER 2012

LIGA SUPER 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...