HARIMAU MALAYA TUMBANG DI BUKIT JALIL

Sumber : Utusan.com.my

Khairul "Apek" Fahmi

TANGKAS...penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi tangkas menyelamatkan gawangnya daripada ditembusi dua penyerang Singapura, semalam. - Harian Metro

KUALA LUMPUR – Malaysia terpaksa menunggu empat tahun lagi untuk beraksi semula di peringkat kelayakan Piala Dunia apabila ditunjukkan jalan keluar oleh Singapura pada perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, semalam

Stadium Nasional Bukit Jalil dan 90,000 penyokong Harimau Malaya menjadi saksi detik kejatuhan Harimau Malaya apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 untuk membawa kepada kekalahan agregat 6-4.

Jaringan Safee Sali pada minit ke-57 tidak mampu untuk meningkatkan semangat rakan-rakannya yang lain apabila Singapura berjaya menjaringkan gol penyamaan 13 minit kemudian melalui Shi Jiayi.

Aksi sederhana pada separuh masa pertama boleh menjadi punca utama skuad negara gagal untuk menyaingi Singapura, di tambah dengan ketiadaan pemain perancang dan ketua pasukan, Safiq Rahim.

Safiq digantung perlawanan apabila menerima kad merah pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar yang menyaksikan Malaysia tewas 3-5.

Anak buah Datuk K. Rajagobal ternyata kurang selesa dengan kelebihan yang ada pada pemain Singapura iaitu kekuatan fizikal dan hantaran jauh.

Rajagobal mengakui, pasukannya tidak bermain agresif pada babak pertama, malah mengakui kealpaan benteng sekali lagi menghukum mereka ketika membenarkan Singapura merobek gawang pada separuh masa kedua.

“Kami tidak kalah, kami seri malam ini tetapi kami gagal melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Kami tidak bermula agresif walaupun ada masanya kita membuat serangan, cuma di separuh masa kedua pemain mula menunjukkan permainan lebih baik tetapi ia tidak mencukupi.

“Saya rasa, apabila Aidil (Zafuan Abd. Radzak) terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan, ia menganggu perancangan pasukan. Dia keluar terlalu awal dan memaksa kami memasukkan Muslim,” kata Rajagobal.

Hasrat untuk melihat pemain pertahanan berpengalaman, Aidil beraksi selama 90 minit tidak tercapai apabila dia dikeluarkan pada minit ke-27 dan digantikan dengan Muslim Ahmad apabila mengalami kecederaan.

Harapan menggunung penyokong Harimau Malaya untuk melihat Malaysia bangkit pada separuh masa kedua gagal dijelmakan manakala Singapura ampuh bertahan hasil permainan mantap pemain pertahanan Daniel Bennett.

Pemain tengah, Ismail Faruqi seperti kekeringan idea untuk merencanakan serangan bahaya tatkala Singapura mengharapkan kehebatan pemain kelahiran China, Jiayi dan Qiu Li.

Gandingan Safee dan Abd. Hadi Yahya juga tidak begitu menjadi apabila tidak mempunyai keserasian yang mantap tatkala S. Kunanlan gagal mempamerkan permainan lincah seperti dalam perlawanan sebelum ini.

Ibarat jatuh sudah ditimpa tangga aksi penutup perlawanan Malaysia Singapura dicemari dengan layangan kad merah kepada pemain gantian negara, Ahmad Fakri Saarani pada masa kecederaan.

Bagaimanapun, pujian layak diberikan kepada penjaga gol skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat yang beberapa kali menyelamatkan percubaan merbahaya pihak lawan.

Apa-pun kita perlu menerima hakikat bahawa masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki jika berhasrat untuk beraksi pada peringkat yang lebih jauh pada kelayakan Piala Dunia 2018.

Sementara itu, penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat berkata, Singapura berhak melayakkan diri ke pusingan seterusnya kerana menunjukkan permainan yang lebih baik. “Kita tidak kalah malam ini, cuma kita seri. Singapura lebih layak dan berhak ke pusingan seterusnya,” kata Khairul Fahmi

HARIMAU MALAYA SEDIA MENGAUM DI BUKIT JALIL

Saksikan Pra Kelayakan Piala Dunia 2014 Malaysia vs Singapura secara langsung di

Astro Arena Jam 8.00 malam

RTM 1 Jam 8.30 malam

Astro Supersport 817 Jam 8.40 mlm

KEPUTUSAN KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014

MALAYSIA tewas 3  - 5 kepada SINGAPURA.Gol Malaysia hasil jaringan penyerang berbisa Safee Sali ( 2 ) dan Hadi Yahya.MALAYSIA sekali lagi akan bertemu SINGAPURA pada 28 haribulan ini di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk Perlawanan yang ke dua.

Gol Pertama Safee Sali

http://www.youtube.com/watch?v=rBs82_WO4is

Gol 1st Half

http://www.youtube.com/watch?v=vpd6TqONqpA&

Gol 2nd Half

http://www.youtube.com/eplsoker#p/u/0/x-6qQdUFprE

 Kredit : Sokernet.com

KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 – SINGAPURA VS MALAYSIA

Astro Arena

Saksikan siaran secara langsung Kelayakan Piala Dunia 2014 di antara Singapura dan Malaysia pada Jam 7.15 malam 23 Julai 2011 ( hari ini ) hanya di Astro Arena dan RTM 2.

Jom “Like” facebook page KelantanFA.com di http://Fb.KelantanFA.com –Banyak info menarik serta keputusan semasa perlawanan MALAYSIA DAN SINGAPORE.

INFO TIKET KELAYAKAN PIALA DUNIA 28 JULAI 2011

Adalah dimaklumkan, tiket-tiket bagi menyaksikan Perlawanan Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 di antara Malaysia dan Singapura akan dijual secara online mulai Rabu, 20 Julai 2011.

Harga tiket adalah RM50 (tempat duduk utama), RM30 (tempat duduk terbuka) dan RM5 bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
Peminat-peminat yang ingin membeli tiket secara online boleh berbuat demikian melalui laman web berikut: www.tickethotline.com.my.

Selain itu, tiket-tiket juga akan dijual di beberapa lokasi lain dan maklumatnya adalah seperti berikut:

26 Julai hingga 27 Julai dari jam 9 pagi hingga 7 malam

1.Stadium MBPJ, Petaling Jaya. Di sebelah Pintu Utama.
2. Stadium Shah Alam. Di Pintu A.
3. Stadium Nasional, Bukit Jalil. Di Pintu Kuning.

28 Julai 2011 dari jam 9.00 pagi hingga waktu rehat

1. Stadium Nasional, Bukit Jalil. Di Pintu Kuning

Maklumat-maklumat tambahan berhubung penjualan tiket dan penebusan (redemption) tiket bagi Perlawanan Pusingan Kedua Piala Dunia FIFA 2014 di antara Malaysia dan Singapura pada 28 Julai 2011 ini.

Maklumat tambahan adalah seperti berikut:

Penjualan tiket di Stadium Nasional, Bukit Jalil adalah seperti berikut:

26 dan 27 Julai – 9 pagi hingga 7 malam.
28 Julai – 9 pagi hingga waktu rehat perlawanan

Penjualan tiket kepada penyokong Malaysia dan Singapura adalah seperti berikut:

Penyokong Singapura:
a. Penjualan Tiket dan Penebusan Tiket yang dibeli secara online di Pintu Biru.

Penyokong Malaysia
a. Penjualan Tiket di Pintu Kuning dan Pintu Merah
b. Penebusan Tiket yang dibeli secara online di Pintu Merah.

Sekian, terima kasih.

SumberSupport Malaysia League (MSL)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...