MALAYSIA TERSINGKIR DARI OLIMPIK LONDON 2012

Skuad Olimpik Malaysia gagal mara ke Olimpik London 2012 selepas ditewaskan oleh pasukan Olimpik Bahrain 2 – 1.

Pada aksi di Stadium Nasional Bahrain itu, Skuad Bahrain terlebih dahulu mengejutkan Malaysia dengan jaringan gol pertama kemudian disamakan oleh pemain Malaysia Hazwan Bakri pada minit ke 83″ namun Malaysia gagal mencari gol kemenangan dan sebaliknya berlaku apabila Skuad Bahrain berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 89″.

Dalam 4 perlawanan Malaysia kalah 4 kali berturut turut dan gagal mengutip sebarang mata.

PRA OLIMPIK : MALAYSIA KECEWA DI TANGAN BAHRAIN

Malaysia tewas 3 – 2 kepada Bahrain walaupun selesa mendahului 2 – 0 menerusi jaringan pemain muda berbakat Nazmi Faiz Mansor dan Mahali Jasuli pada minit ke 29″ dan 68″

Bahrain yang mempunyai mental dan fizikal yang kental walaupun bermain dengan 10 orang pemain seawal minit ke 63″ tidak sesekali berputus asa dan penat lelah mereka  membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan 3 gol dalam masa 6 minit iaitu pada minit ke 80″, 85″ dan 86″.

Perlawanan lain menyaksikan Jepun menang tipis 2 – 1 ke atas Syria untuk memberikan 3 mata berharga buat negara matahari terbit itu.

Kedudukan dalam kumpulan bagi Kelayakan Olimpik 2012

Kelayakan Olimpik 2012

Gol cantik dari Nazmi Faiz Mansor Kredit : Sokernet.com

KEPUTUSAN BOLA SEPAK 23 NOVEMBER 2011

Malaysia tewas 0 2 kepada Syria dalam saingan Kelayakan Olimpik 2012

Kelantan benam kelab Singapura Balestier Khalsa dalam perlawanan persahabatan dengan keputusan 3 – 0 hasil jaringan Okine ( import ), Nurul Azwan Roya dan S.Chanturu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...