
Selaku juara kumpulan C selepas menewaskan Felda United 2 – 0 hasil dari 2 jaringan Norshahrul Idlan Talaha di Stadium sultan muhammad ke IV malam tadi KELANTAN dijadual bertemu naib juara kumpulan B iaitu Terengganu di suku akhir.
Perlawanan suku akhir yang dijangka dilangsungkan pada 10 dan 14 Oktober ini sudah pasti sengit kerana Kelantan mahu membalas dendam selepas kekalahan 1 – 2 kepada Terengganu di Final Piala FA 2011 manakala Terengganu juga sudah pasti menyimpan dendam kerana dimalukan Kelantan 3 – 0 di gelanggang sendiri pada saingan liga super yang lalu.
Pada perlawanan suku akhir yang lain Perak bakal bertemu Juara 32 kali Selangor, T-Team menentang Sabah dan Negeri Sembilan berdepan laluan mudah untuk ke separuh akhir selepas dijadualkan bertemu dengan Felda United.


