KELANTAN TIADA PILIHAN SELAIN MENANG

Juara bertahan Kelantan WAJIB menang ke atas Terengganu Jumaat ini sekurang kurangnya 2 – 0 untuk layak ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2011.

Kelantan tewas kepada Terengganu Isnin lalu dengan jaringan 3 – 1 yang menyaksikan 3 Kad merah di layangkan kepada pemain Kelantan iaitu Shakir Shaari, Daudsu dan Aziz Ismail manakala 2 kad merah pula dilayangkan kepada pemain Terengganu Zubir azmi dan Ismail faruqi.

Kelantan tidak ada pilihan lain selain menang menentang Terengganu dengan jaringan 2 – 0 atau lebih. Jika mahu kekal dalam saingan Piala Malaysia dan melangkah ke separuh akhir The Red Warriors harus bangkit untuk membenam cabaran Sang Penyu.

Tiket mula dijual pada hari Khamis ( 13 Oktober 2011 ) pada jam 9 pagi berharga Rm15 untuk tempat duduk terbuka manakala tiket untuk tempat duduk astaka dilaporkan telah habis di tempah oleh Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan.

Tiket yang tidak habis dijual kemungkinan akan dijual pada hari Jumaat dan pintu masuk stadium untuk menyaksikan perlawanan Kelantan dan Terengganu akan dibuka seawalJam 6.30 petang bagi mengelakkan kesesakan berlaku.

BUKAN MALAM KELANTAN

Terengganu berjaya memanfaatkan sepenuhnya permainan di laman sendiri apabila berjaya mengetepikan seteru utamanya Kelantan 3-1 dalam saingan suku akhir pertama Piala Malaysia 2011 yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, malam tadi. Pertemuan dua seteru utama itu, menyaksikan lima kad merah dan 10 kad kuning dikenakan kepada pemain kedua-dua pasukan.
Kehadiran ribuan penyokong kedua- dua pasukan seolah-olah mengulangi perlawanan akhir Piala FA musim lalu, meskipun perlawanan baru melangkah ke perlawanan suku akhir pertama. Memulakan babak pertama perlawanan, kedua-dua pasukan beraksi agresif apabila saling menggandakan asakan ke pintu gol lawan masing-masing.
Pemain tambatan Terengganu, Joseph Kalang Tie, hampir menghadiahkan gol awal kepada tuan rumah, namun rembatan derasnya dalam kotak penalti pada minit ke-10 sekadar melewati palang gol. Gawang gol pelawat sekali lagi teruji apabila Abdul Manaf Mamat hampir memberi gol, namun rembatan lemah pada minit ke-29 dalam kawasan kotak penalti berjaya disambut kemas Khairul Fahmi Che Mat.
Aksi dengan sembilan pemain 
PEMAIN pasukan pelawat, Mohd Shakir Shaari menjadi pemain pertama yang diarah keluar padang setelah mengasari pemain Terengganu pada minit 31. Selang tiga minit selepas itu, pasukan pelawat sekali lagi diuji apabila Mohd Daudsu Jamaluddin dikenakan kad merah, di mana menyaksikan pasukan The Red Warriors terpaksa bermain dengan sembilan pemain.
Kelantan yang ternyata tidak menunjukkan aksi tempang, walaupun terpaksa bermain dengan sembilan pemain, apabila terus melakukan beberapa percubaan berbahaya di kawasan gol pasukan tuan rumah. Ismail Faruqi ternyata bijak memanfaatkan peluang apabila hantaran kemas Abdul Manaf Mamat berjaya ditolak kemas ke pintu gol pelawat pada minit ke-43.
Aksi panas kedua pasukan berlarutan apabila Ismail Faruqi Asha’ari dikenakan kad merah setelah menolak Norshahrul Idlan Talaha pada masa kecederaan. Keputusan itu kekal hingga ke minit terakhir separuh masa pertama.
Memulakan babak kedua, pasukan pelawat yang nyata tertekan, cuba menggandakan asakan dengan melakukan beberapa percubaan berbahaya, namun tersasar jauh dari pintu gawang, namun Kelantan akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan apabila berjaya menghasilkan gol menerusi tendangan penalti pada minit ke-78 yang diambil ketua pasukan, Mohd Badri Radzi.
Tersentak dengan jaringan penyamaan itu, tuan rumah menggandakan asakan dan hasilnya Abdul Manaf Mamat berjaya menambah jaringan tuan rumah apabila sepakan penalti pada minit ke-88 terus meluru masuk ke pintu gol. Kapten Terengganu, Mohd Marzuki
Yusof menambah derita pasukan pelawat, apabila menghasilkan gol ketiga tuan rumah pada masa kecederaan. Terengganu melangkah selesa untuk aksi kedua timbal balik di Kelantan 14 Oktober ini.
Sumber : Sinar Harian Edisi Kelantan – Sukan

JUARA LIGA SUPER BERTEMU JUARA PIALA FA

Kelantan dan Terengganu Piala Malaysia

Dua pemain tengah Shakir Shaari dan Ismail Faruqi ( Tengah dan Kiri ) bakal menjadi taruhan Jurulatih pasukan masing masing.

Pertembungan 2 Jaguh Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu dalam saingan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2011 pada 10 Oktober 2011 ( esok ) sudah pasti menjadi tumpuan penyokong di seluruh Malaysia terutama di Terengganu dan Kelantan.

Rekod pertembungan kedua dua pasukan pada musim ini dilihat seimbang yang menyaksikan Terengganu menang sekali (  2 – 1 di Final Piala FA ), Kelantan menang sekali ( 0 – 3 dalam saingan Liga Super pusingan ke 2 di Kuala Terengganu ) dan Seri 1 – 1 dalam pertembungan pusingan pertama Liga Super di Stadium Sultan Muhammed Ke IV.

Tugas sukar menanti anak buah Dato’ M Karathu untuk membawa balik bekalan gol di tempat lawan ke Kota Bharu kerana harus bermain di gelanggang lawan di hadapan ribuan penyokong fanatik tuan rumah yang dilihat berkobar kobar untuk memenuhi stadium sultan ismail nasaruddin shah NAMUN itu bukan alasan untuk Kelantan melakukan kejutan ke atas Juara Piala FA musim 2011 itu.

Kembalinya kelibat penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha dan penjaga gol utama kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat dari kem skuad malaysia sudah pasti mendatangkan gerun kepada anak buah Irfan Bakti.

Shahrul Idlan Talaha yang menjaringkan 2 gol ketika membantu Kelantan menewaskan Terengganu  3 – 0 di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah Jun lalu sudah pasti ingin bangkit membalas dendam ekoran kekalahan Kelantan kepada Terengganu dalam perlawanan akhir Piala FA 2011.

Kelantan berkemungkinan bakal turun dengan kesebelasan utama seperti Khairul Fahmi, Subramaniam, Farisham, Daudsu, Aziz Ismail, Nurul Azwan Roya, Badhri Radzi, Shakir Shaari, Chanturu, Shahrul Idlan dan Azamuddin Akil manakala Terengganu pula kemungkinan akan menurunkan pemain seperti Sharbinee, Marzuki Yusof, Helmi Rameli, Zubir, Faizal Muhamad, Joseph Kalang Tie, Reshafiq Alwi, Ismail Faruqi, Ashaari, Hadi Yahya dan Manaf Mamat.

 

INFO : Kemungkinan tiada Siaran Langsung Terengganu dan Kelantan pada 10 Oktober 2011

JADUAL PERLAWANAN PERSAHABATAN & SUKU AKHIR KELANTAN

7 Oktober 2011 ( Perlawanan Persahabatan Untuk Menilai 3 Pemain Import Kelantan )

Kelantan FA vs Songkhla FC
8.45 malam : Jumaat
Stadium Sultan Muhammad IV

10 Oktober 2011 – Suku Akhir Pertama Piala Malaysia

Terengganu FA vs Kelantan FA
8.45 malam : Isnin
Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah

14 Oktober 2011 – Suku Akhir Kedua Piala Malaysia

Kelantan FA vs Terengganu FA
8.45 malam : Jumaat
Stadium Sultan Mohammad IV

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...