PELUANG KELANTAN RAMPAS TAKHTA LIGA

Juara Liga Super 2011, Kelantan berpeluang untuk merampas kedudukan takhta Liga Super daripada pasukan T-Team andai berjaya mencatatkan kemenangan ke atas Kedah di Stadium Darulaman malam ini.

Kelantan berkongsi mata dengan T-Team dengan 7 mata namun dibezakan dengan jumlah jaringan gol membolehkan T-Team menghuni persada Liga Super.

Walaupun masih bergelut dengan masalah pemain pertahanan yang agak rapuh dan mudah hilang fokus namun Kelantan dilihat berupaya menumbangkan Kedah andai segala kelemahan dalam 3 perlawanan liga lalu dapat diperbaiki oleh Peter Butler dan pemain itu sendiri.

Dalam 3 perlawanan terakhir Kelantan sudah bolos 3 gol dan berjaya menjaringkan sebanyak 5 gol iaitu 2 gol dari Norshahrul Idlan Talaha, 1 gol dari Ghaddar, 1 gol dari Kapten Pasukan Badhri Radzi dan 1 gol lagi dari Indra Putra Mahyuddin.

Rekod pertemuan dalam 15 perlawanan menyaksikan keseimbangan Kelantan dan Kedah masing masing mencatatkan 5 Kemenangan 5 Seri dan 5 Kekalahan.

Semoga Kelantan berjaya menewaskan pasukan Kedah dan seterusnya membawa pulang 3 mata berharga ke Kota Bharu.Jangan lupa menyaksikan pertembungan menarik Kelantan menentang Kedah secara Langsung di Astro Arena Jam 8.30 malam ini.

LIGA SUPER – LIONS XII VS KELANTAN

Liga Super 2012
Lions XII vs Kelantan
10 Januari 2012 : Selasa : 7.40 Malam
Stadium Jalan Besar, Singapura
Link “Live Streaming” akan dimasukkan pada malam ini ( Jika Ada ).Dan ketahui keputusan semasa perlawanan Lions XII dan Kelantan di laman facebook KelantanFA.com.Klik pada link https://www.facebook.com/kelantanfadotcom?sk=wall

JADUAL LIGA SUPER KELANTAN JANUARI FEBRUARI DAN MAC 2012

Januari

10 Januari : vs Lions XII  ( away )
14 Januari : vs PKNS ( home )
17 Januari : vs Johor FC ( home )
21 Januari : vs Kedah ( away )
28 Januari : vs KL ( home )

Februari

7 Februari : vs Sabah ( away )
11 Februari : vs Terengganu ( home )
14 Februari : vs Selangor ( away )

Mac

3 Mac : vs Negeri Sembilan ( home )
17 Mac : vs Perak ( away )
31 Mac : vs Felda United ( home )

*Tertakluk kepada perubahan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...