SENARAI PENAJA PASUKAN BOLA SEPAK KELANTAN MUSIM 2012

PENAJA PASUKAN BOLA SEPAK KELANTAN 2012

Majlis Menandatangani Program Kerjasama KAFA-Happy, berserta penaja2 Bersama The Red Warriors 2012 yang berlangsung di D'House, ibu pejabat Happy Kredit : Happy.. Anda Jawab Kami Bayar!

Bagi musim 2012 Kelantan The Red Warriors akan mempunyai 8 penaja iaitu Syarikat Telekomunikasi Happy, Syarikat Tan Sri Annuar Musa sendiri iaitu Al – Hamra, Universiti Masterskill, Minuman bertenaga RW Energy, Sinar Harian, Warriors ( Produk Bawah KAFA ), Yusmira Trading dan Umbro.

SEPARUH AKHIR PERTAMA PIALA FA 2011 – KELANTAN BERGAYA SELANGOR HAMPA

Kelantan melangkah sebelah kaki ke Perlawanan Akhir Piala FA 2011 selepas MEMBELASAH Selangor 5 – 1 di Stadium keramat Selangor iaitu Stadium Shah Alam.

Pada perlawanan tersebut Kelantan bermula garang setelah Sayap Berbisa Kelantan, Nurul Azwan Roya nyaris membuka tirai jaringan pada minit ke – 2 namun sepakannya terkena tiang gol pasukan selangor.

Kelantan tidak menunggu lama untuk berada di depan setelah Ramzul Zahini Adenan berjaya menjaringkan Gol Pertama Kelantan pada minit ke 10″

Pada minit ke 19″ pula Azwan Roya sekali lagi mampu untuk menambah jaringan namun sepakannya sekali lagi terkena tiang gol pasukan Selangor.

Gol kedua kelantan akhirnya menjelma pada minit ke 40″ selepas Ramzul menyempurnakan hantaran cantik daripada Norshahrul Idlan Talaha untuk memberikan Kelantan selesa mendahului 2 – 0

Seakan tidak cukup dengan 2 gol, Kelantan menambah derita pasukan tuan rumah dengan jaringan ke 3 menerusi Kapten Kelantan Badhri Radzi atau Piya pada minit ke 43″.

Tamat Separuh masa pertama menyaksikan Kelantan selesa mendahului dengan gol 3 – 0.

Bersambung babak kedua, Kelantan sekali lagi mampu menambah jaringan menerusi Kapten Pasukan Badhri Radzi tetapi sepakannya kemas kedakapan Penjaga Gol Selangor iaitu Saiful Amar Sudar.

Minit ke 57″ pula Tendangan pemain sayap Selangor Amirulhadi Zainal di selamatkan oleh Khairul Fahmi Che Mat.

Minit ke 65″ Giliran nor shahrul idlan talaha pula menambah jaringan namun sepakannya tersasar.

Gol ke empat Kelantan akhirnya menjelma juga pada minit ke 67″ menerusi pemain sayap lincah Kelantan iaitu Nurul Azwan Roya dan tidak cukup dengan itu Shahrul Idlan Talaha menambah derita pasukan tuan rumah apabila berjaya menjaringkan gol ke lima kelantan pada minit ke 71″.

Minit 90″ Amri yahyah menjaringkan gol saguhati kepada penyokong Selangor.

Tamat Perlawanan Selangor 1 – 5 Kelantan.

* Dianggarkan Penyokong Kelantan 40 ribu dan Penyokong Selangor 20 ribu di stadium shah alam.

* Separuh Akhir Kedua akan dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammed Ke IV pada 16 Mei 2011.

 

MAJLIS PELANCARAN PEK EDISI KHAS HAPPY

Majlis Pelancaran Pek Edisi Khas Happy

Jangan lupa hari ni datang beramai2 ke KB Mall pada jam 2 ptg sempena majlis pelancaran Pek Edisi Khas Happy Red Warriors yang akan disempurnakan oleh Tan Sri Annuar Musa. Boleh jumpa semua pemain pasukan The Red Warriors & peluang utk dpt autograf mereka bila anda membeli pek edisi khas ini!!!!

HAPPY LANCAR RED WARRIORS SPECIAL PREPAID PACK

Red Warriors Special Prepaid

Pihak Happy dengan bangganya ingin memperkenalkan special prepaid pack yang di kenali sebagai “Red Warriors Special Prepaid Pack” kepada para Penyokong Setia Pasukan Kelantan FA.

Majlis Pelancaran akan berlangsung pada 6hb April 2011 pada jam 2 petang di pusat membeli belah KBMALL.Setiap penyokong Kelantan wajib memilikinya kerana banyak faedah seperti dapat menyertai beberapa program istimewa anjuran Happy Prepaid.

Harga “Prepaid Pack” Tersebut ialah Rm7.00 untuk satu pack.

Admin : Bola kelate semakin maju di bawah penaja Happy dan juga presiden Tan Sri Annuar Musa.

 

JADUAL PEMILIHAN PEMAIN AKADEMI KELANTAN (ARMY)

JADUAL OPEN SELECTION UTK AKADEMI KELANTAN (ARMY) KHAS UNTUK YANG BERUMUR 13 – 16 TAHUN SAHAJA.

9th April:KOTA BHARU
16th April:TUMPAT
23rd April:BACHOK
30th April:TANAH MERAH
7th may:KUALA KRAI

PANEL DI KETUAI OLEH B SATHIANATHAN.DIGI/HAPPY AKAN ADAKAN MINI KARNIVALNYA DI TAPAK PEMILIHAN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...