
Ghaddar Cipta Hatrick - Foto : Arena.my
Kelantan FA berjaya memungut 3 mata berharga di halaman sendiri apabila berjaya menewaskan pasukan kelab dari Indonesia iaitu Arema Malang dengan keputusan jaringan 3 – 0 hasil ledakan hatrick dari penyerang kebangsaan Lubnan iaitu Muhammad Ghaddar.
Sejak wisel ditiupkan, Kelantan lebih banyak menguasai perlawanan berbanding Arema Malang dengan banyak mencipta peluang jaringan namun gagal disudahkan oleh 2 penyerang Antwi dan Ghaddar.
Sehinggalah minit ke 23″, Ghaddar melakukan larian deras untuk menewaskan pemain pertahanan Arema dan merembat masuk bola dengan kaki kiri untuk memberikan Kelantan 1 gol dihadapan.
Selepas gol pertama Kelantan dilihat mempunyai banyak peluang namun gagal disudahkan manakala Arema Malang juga mempunyai 2 hingga 3 percubaan berbahaya namun berjaya dikawal oleh pertahanan Kelantan dan penjaga gol Shahrizan Ismail.
Kedudukan 1 – 0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.
Dua minit bermula separuh masa kedua Ghaddar sekali lagi berjaya menjaringkan gol menerusi tandukan selepas menerima hantaran cantik dari Kapten Pasukan iaitu Mohd Badhri Mohd Radzi.
Selepas jaringan kedua, Kelantan dilihat memperlahankan rentak permainan dan Arema Malang mengambil kesempatan untuk menjaringkan gol namun 2 percubaan pemain Arema Malang terkena palang gol pasukan Kelantan FA.
Pada minit ke 88″ Ghaddar akhirnya berjaya meledak Hatrick selepas sekali lagi melakukan larian deras dan merembat kencang bola menggunakan kaki kanan untuk menewaskan penjaga gol Arema Malang.
Tamat perlawanan menyaksikan Kelantan FA berjaya menewaskan Arema Malang 3 – 0.Perlawanan AFC bagi Kelantan seterusnya ialah pada 10 April 2012 dan kali ini Kelantan akan berkunjung ke Malang, Indonesia untuk sekali lagi menentang Arema Malang.
Video Gol Kelantan – Sokernet
Gol Pertama Ghaddar - Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD
Gol Kedua Ghaddar - Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD
Gol Ketiga Ghaddar - Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD