PELANCARAN JERSI AFC CUP KELANTAN 2012

Kelantan akan mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu pada 4 Februari 2012 menentang pasukan kelab dari Singapore iaitu Balistier Khalsa.

Pada tarikh 4 Februari itu juga Kelantan akan memperkenalkan Jersi Baru yang akan dipakai oleh pemain Kelantan dalam Saingan Piala AFC mac nanti.

Selain itu, satu kejutan menarik akan diumum oleh Pihak KAFA dan boleh disaksikan penyokong The Red Warriors pada malam tersebut.

Tiket perlawanan menentang Kelab Balistier Khalsa ialah Rm30 untuk Astaka Utama, Rm20 untuk Astaka Batu, Rm12 untuk Terbuka dan Rm5 untuk Kanak Kanak.

PERSAHABATAN : RED WARRIORS BENAM ADIK

Skuad Presiden bukan cabaran The Red Warriors

Skuad Liga Super Kelantan berjaya membenam Skuad Piala Presiden Kelantan 3 berbalas 0 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung pada petang tadi di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.

Dua gol Kelantan dijaringkan oleh pemain import Danny Antwi manakala satu gol lagi dijaringkan oleh pemain muda Khairul Izuan Rosli.

Perlawanan persahabatan ini bertujuan untuk mempersiapkan pasukan dan mengekalkan tahap kecergasan pemain Kelantan untuk menentang pasukan Kuala Lumpur pada 28 Januari dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.

Siaran Langsung

Jumaat 27 Januari –  PKNS vs Sabah – Astro Arena 801
Sabtu 28 Januari – Lions XII vs Terengganu – Astro Arena
Sabtu 28 Januari – Kedah vs Johor FC – RTM

KELANTAN TEWAS DALAM PIALA UNITY 2011

Piala Unity 2011

Piala Unity ( kiri ) Milik Persebaya

Kelantan gagal membawa pulang Piala Unity 2011 ke Negeri Cik Siti Wan Kembang selepas tewas secara aggregat 4 – 3 pada aksi kedua Kelantan dan Persebaya di Surabaya Indonesia.

Terikat 1 – 1 pada perlawanan pertama di Kota Bharu 23 Disember lalu, Persebaya tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol selepas Andik Vermansyah berjaya menyumbat masuk gol pada minit ke 15″.

Gol kedua dan ketiga Persebaya hadir pada minit ke 65″ dan 73″ hasil kesilapan dan kelekaan pertahanan Kelantan.

Gol pertama dan kedua Kelantan menerusi Norshahrul Idlan Talaha dan Indraputra Mahyuddin pada minit ke 48″ dan 93″.

Kelantan dilihat banyak melakukan serangan pada separuh masa kedua namun buntu mencari lebih banyak jaringan.

Tamat Perlawanan menyaksikan Kelantan tewas 4 – 3 secara aggregat kepada Persebaya Indonesia dan Persebaya muncul Juara Unity Cup 2011 buat kali pertama sejak ia diperkenalkan pada tahun ini.

Perlawanan persahabatan Kelantan seterusnya ialah menentang sebuah lagi pasukan Gergasi Pantai Timur iaitu Terengganu pada 31 Disember 2011 Jam 8.30 malam di Stadium Sultan Muhammad Ke IV.

 

Gol Norshahrul dan Indra : http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=dqkvEHCHtyg

KAMI DATANG UNTUK MENANG – PETER BUTLER

“Kami datang ke sini untuk menang dan saya pasti kami akan memenangi perlawanan ini” kata Jurulatih Kelantan berasal dari England Peter James Butler.

Beliau juga berkata pasukan Kelantan akan tampil dengan kesebelasan terbaik bagi menjaringkan seberapa banyak gol yang boleh dan akan berusaha memberi persembahan yang menarik dan  bermain bersungguh sungguh dalam perlawanan ini.

Pada aksi pertama di Kota Bharu, Kelantan The Red Warriors sekadar seri 1 – 1 hasil jaringan Indraputra Mahyuddin dan Andik Vermansyah.

Kelantan dan Persebaya akan bertembung sekali lagi pada aksi kedua di Stadium Gelora 10 November pada 28 Disember jam 8.45 malam waktu Malaysia.Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro Bintang 141 dan Astro Arena 801 ( tertakluk kepada perubahan )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...