PERSAHABATAN ANTARABANGSA – KELANTAN TEWASKAN KELAB DARI SINGAPORE

Badhri Radzi

Pada aksi persahabatan Antarabangsa di Stadium Sultan Muhammad malam tadi, Badhri Radzi muncul wira pasukan apabila cemerlang meledak 2 gol untuk memastikan kemenangan milik pasukan Kelantan FA menewaskan kelab dari Singapura iaitu Singapore Armed Forces.

Kelantan FA terlebih dahulu dikejutkan dengan gol awal pasukan Singapore Armed Forces apabila Seiji Sato berjaya menewaskan Shahrizan Ismail pada minit ke 19″

Gol penyamaan Kelantan FA hanya hadir 2 minit selepas separuh masa kedua bermula apabila sepakan percuma Kapten Pasukan Badhri Mohd Radzi berjaya menerjah jaring.

Minit ke 65″ Badhri Radzi muncul wira pasukan apabila sekali lagi meledak gol untuk kemenangan Kelantan menewaskan Singapore Armed Forces 2 – 1

Kelantan bakal bertemu Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super 2012 pada 4 Mac 2012 di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.

PERSAHABATAN : SANG KIJANG DIBAHAM HARIMAU MALAYA

Kelantan Lawan Malaysia

Kelantan terpaksa akur dengan kehebatan Harimau Malaya apabila dibelasah 5 – 0 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Gol Malaysia masing masing dijaringkan oleh Asraruddin, Shahurain, S.Kunalan Abdul Hadi Yahya dan Izuan Solahuddin

Skuad Harimau Malaya

Aksi persahabatan Kelantan seterusnya ialah menentang Balestier Khalsa FC pada 4 Februari 2012 di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu Kelantan.

Foto Kredit : Wawanfaiz.com & Dunia Warriors

OBINNA IMPORT TERBARU KELANTAN

Obinna Nwaneri Import Kelantan

Bekas tonggak pertahanan skuad kebangsaan Nigeria, Obinna Nwaneiri yang berusia 29 tahun SAH menjadi milik KAFA selepas menandatangani kontrak untuk bersama pasukan The Red Warriors namun KelantanFA.com belum dapat kepastian samada pemain import ini bakal beraksi di Saingan Liga Malaysia atau Saingan Piala AFC tapi besar kemungkinan akan didaftarkan untuk Saingan Piala AFC.

Obinna yang hadir menyaksikan pasukan Kelantan menentang Kuala Lumpur sabtu lalu Teruja dengan suasana di Stadium Sultan Muhammad Ke IV dan berjanji akan menggunakan pengalaman luasnya untuk memperhebatkan lagi jentera pertahanan The Red Warriors.Beliau juga dijangka akan turun beraksi menentang Skuad Harimau Malaya dalam aksi persahabatan 1 Februari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Biodata Obinna Nwaneri

Full name Obinna Nwaneri
Date of birth March 18, 1982 (age 29)
Place of birth LagosNigeria
Height 1.83 m (6 ft 0 in)
Playing position Centre back
Youth career
Julius Berger
Senior career*
Years Team Apps (Gls)
2000–2002 Julius Berger 6 (1)
2003–2004 Enyimba ? (?)
2004–2007 Espérance 43 (3)
2007–2010 FC Sion 72 (2)
2010–2011 Kazma 21 (3)
2012- Kelantan
National team
2005– Nigeria 33 (1)

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...