Kekecewaan Kelantan apabila ditunjukkan jalan keluar oleh Terengganu ketika Perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia 2011 masih segar di ingatan para penyokong setia Red Warriors.
Justeru itu Kelantan akan melawan habis habisan Skuad Sang Penyu ketika perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada malam ini di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.
Pengurus pasukan Kelantan Azman Ibrahim berkata ” Saya mahu barisan pemain diturunkan untuk melangsaikan hutang lama dengan mengalahkan Terengganu.Memang misi kita malam ini ialah mahu menewaskan Terengganu dan merampas kembali gelaran peneraju Liga daripada Perak”.
Jangan lupa menyaksikan Perlawanan Tumpuan Kelantan menentang Terengganu 11 Februari 2012 Jam 8.40 malam Siaran Langsung hanya di Astro Arena saluran 801.
