PIALA FA 2012 – KIJANG ATASI BUJANG SENANG

Farhan Muhammad

Farhan Muhammad Muncul Wira Pasukan Kelantan FA - Foto : Theredwarriors.com

Jaringan kemenangan Norfarhan Muhammad pada minit ke 90″ menewaskan Sarawak 2 – 1 berjaya membawa Kelantan ke Pusingan Ke – 2 Piala FA 2012 bertemu Kuala Lumpur.

Kelantan terlebih dahulu dikejutkan dengan Jaringan Azizan Baba pada minit ke 21″ namun  Indraputra Mahyuddin Bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke 33″ hasil tandukan cantik selepas menerima hantaran dari Mohd Badhri Mohd Radzi.

Kemasukan Farhan Muhammad menggantikan Penyerang Import Nwoha dilihat agak berkesan selepas Farhan Muhammad berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 90″ hasil sepakan dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol Sarawak Sani Anuar Kamsani.

Tamat Perlawanan menyaksikan Kelantan FA berjaya menewaskan Sarawak dengan jaringan 2 – 1.

Video Gol Azizan Baba - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )

Video Gol Indra Putra Mahyuddin - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )

Video Gol Farhan Muhammad - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )

Kredit Video : Sokernet.com

 

ISU BUTLER DAN KAFA SELESAI

Peter James Butler

KOTA BHARU – Percanggahan pendapat antara pengendali Kelantan Peter Butler dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) selesai apabila kedua-dua pihak mengadakan pertemuan bagi menyelesaikan kemelut yang timbul.

Setiausaha KAFA, Azman Ibrahim berkata, pertemuan tersebut merungkai segala kemelut yang melibatkan pihak pengurusan dengan pengendali kelahiran Halifax, England itu.

Menurut Azman, isu berkenaan hanyalah salah faham dan mengakui masalah komunikasi menjadi punca kepada tercetusnya konfrontasi kedua-dua pihak.

“Tidak timbul langsung soal campur tangan oleh pihak pengurusan. Ia hanyalah salah faham mengenai pemilihan pemain import baru, Onyekachi Nwoha apabila kita perlu menyegerakan urusan pendaftarannya dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam keadaan tergesa-gesa.

“Pemain import ini tiba di Kota Bharu pada 11 Februari lalu dan Butler sendiri sudah dimaklumkan oleh pihak pengurusan bahawa kita akan mengambil pemain import keempat.

“Kita tidak sempat memperkenalkan pemain ini kepada beliau dan mungkin di situ timbul salah faham mengenai perkara ini,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan yang akan diambil ke atas Butler ekoran kenyataan keras beliau sebelum ini, Azman berkata, ia akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengurusan KAFA yang akan bermesyuarat, esok.

Sumber : Utusan

INFO TIKET LIGA SUPER SELANGOR VS KELANTAN

Tiket Perlawanan Selangor vs Kelantan

Mula dijual pada hari Selasa 14 Februari 2012 Jam 10 pagi di Kaunter Stadium Nasional Bukit Jalil.
Harga : Rm15 Terbuka dan Rm5 untuk kanak kanak bawah 12 tahun.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke stadium, anda boleh menyaksikan siaran secara langsung Selangor vs Kelantan di RTM-1.

KELANTAN BENAM SANG PENYU

Kelantan berjaya membenam pasukan jiran iaitu Terengganu dengan jaringan 2 – 1 hasil jaringan pemain paling bernilai 2011 Norshahrul Idlan Talaha dan Badhri Mohd Radzi di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.

Dengan kemenangan ini Kelantan berjaya merampas kedudukan pendahulu Liga Super daripada Perak selepas pasukan Perak tewas 2 – 0 kepada pasukan T-Team.

Video Gol Norshahrul Idlan Talaha

Klik Disini - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )

Video Gol Badhri Radzi

Klik Disini - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )

Keputusan dan Kedudukan Liga Super selepas 7 perlawanan berlangsung.

KEDUDUKAN LIGA SUPER 2012

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...