KECEWA MATYO TERUBAT

Shahrul Idlan Talaha

Kekecewaan Norshahrul Idlan Talaha yang gagal memenangi kasut emas 2011 akhirnya terubat selepas berjaya meraih dua gelaran dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus kategori Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai Supermokh.

Norshahrul Idlan Talaha yang pernah memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai pada tahun lepas sekali lagi membuktikan beliau adalah pemain paling bernilai buat 2 tahun berturut turut selepas berjaya membantu Kelantan meraih Juara Piala Sumbangsih 2011 dan Juara Liga Super 2011 selain membantu Kelantan muncul naib juara Piala FA 2011.

Anugerah Pemain Paling Bernilai Supermokh ini dinilai berdasarkan persembahan dan sumbangan mereka dalam liga domestik serta penglibatan di peringkat antarabangsa dan dipilih oleh jurulatih tempatan sebagai juri utama.

Untuk rekod Norshahrul berjaya menjaringkan 19 gol dalam Liga Super 2011 dan tidak hairanlah mengapa beliau terpilih memenangi Anugerah Pemain Paling Bernilai tahun ini.

Tahniah buat Norshahrul Idlan Talaha dan semoga dengan kejayaan ini dapat terus membantu Kelantan meraih Piala bagi musim 2012 dan kekalkan dengan imej bersih.Tiada kontroversi Tiada tekanan.

KEPUTUSAN ANUGERAH BOLA SEPAK KEBANGSAAN 100 PLUS

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus.

1.Kelab Terbaik:PKNS
2.FA Terbaik: FA Selangor
3.Pemain Harapan: Wan Zack
4.Jurulatih Terbaik: Irfan Bakti
5.Penyerang Terbaik: Mat Yo
6.Midfield Terbaik: Shafiq Rahim:
7.Defender Terbaik:NorHafiz Zamani Misbah
8.Best Keeper: Apek
9.MVP@Supermokh:Mat Yo

Sumber : Hafizal Hamad

KEPUTUSAN ANUGERAH BOLA SEPAK 100 PLUS 2010

Anugerah Bola Sepak 100 Plus

Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM

Penjaga Gol Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

Pertahanan Terbaik: Aidil Zafuan Abdul Razak (Negeri Sembilan)

Pemain Tengah Terbaik: Baddrol Bakhtiar (Kedah)

Penyerang Terbaik: Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)

Pemain Muda Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

Pemain Paling Bernilai (MVP): Norshahrul Idlan Talaha

Jurulatih Terbaik: B Sathianathan (Kelantan)

Persatuan Bola Sepak Terbaik: FA Selangor

Kelab Terbaik: Johor FC

Kelab Penyokong Terbaik: Kedah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...