Jurulatih Kelantan Bojan Hodak tetap bersikap Optimis berdepan pasukan Perak FA walaupun tanpa kelibat Penyerang utama kebangsaan iaitu Norshahrul Idlan Talaha yang masih belum cergas sepenuhnya selepas mengalami kecederaan.
Tanpa Shahrul Idlan yang kemungkinan diketepikan, Bojan dilihat bakal mencorakkan perubahan taktikal untuk berhadapan dengan anak buah Norizan Bakar 17 Mac 2012 ini.
Perubahan taktikal tersebut akan lebih menekankan bahagian Serangan serta Pertahanan dan besar kemungkinan Indraputra Mahyuddin bakal bermain sebagai penyerang bagi menggantikan Norshahrul Idlan Talaha.
“Kita adalah pasukan yang menghuni tangga teratas Liga dan kita lebih baik berbanding pasukan lain” Jelas Bojan Hodak.
Beliau juga mengganggap Perak adalah lawan yang sukar dijinakkan dan berharap pasukan The Red Warriors akan meraih keputusan positif di Stadium Ipoh nanti.
Jangan lupa menyaksikan Siaran Secara Langsung Perak dan Kelantan pada 17 Mac 2012 Jam 8.40 malam di RTM 1.
Update : Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dijangka tidak akan beraksi kerana mengalami masalah kecederaan bahu dan akan digantikan dengan penjaga gol nombor dua iaitu Shahrizan Ismail atau Mat Chah.








Sebarang Pertanyaan atau Cadangan emailkan ke Admin@KelantanFA.com