
badhri "piya" radzi (kanan) memegang piala sumbangsih selepas kelantan menewaskan selangor pada awal musim 2011.
Badhri Radzi atau nama “glamor” nya Piya sudah tidak asing lagi dalam dunia Bola Sepak Kelantan.Pemain bernombor 16 ini juga adalah penjaring gol kemenangan Kelantan ketika Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010 selepas menewaskan Negeri Sembilan 2 – 1 sekali gus membawa pulang Piala Malaysia buat kali pertama sejak 89 tahun ia di perkenalkan.
Namun prestasi hambar badhri radzi sejak kebelakangan ini memaksa Jurulatih Kelantan Dato’ M. Karathu untuk merehatkan beliau dalam 2 perlawanan liga super iaitu ketika bertemu Pasukan Felda United dan Perak.
Beliau kembali beraksi ketika Kelantan seri tanpa jaringan dengan Pasukan Sabah yang menyaksikan persembahannya masih lagi kurang meyakinkan.Tetapi atas semangat juang yang tinggi dan juga harapan menggunung dari Penyokong Setia Kelantan, Piya bangkit dari “lamunan” dan berjaya mencatatkan jaringan hatrick ( 3 gol ) ketika Kelantan membenam Perlis 5 – 1 semalam sekaligus menjadi pemain pertama menjaringkan hatrick dalam saingan Liga Malaysia 2011.
Penyokong setia kelantan berharap permainan Piya ketika menentang Perlis ini adalah kebangkitan beliau dalam karier bola sepak nya dan teruskan dengan aksi konsisten untuk merebut kejuaraan Liga Super 2011.







Sebarang Pertanyaan atau Cadangan emailkan ke Admin@KelantanFA.com
Alhamdulillah . Nampaknya pemain kelantan kembali bersemangat dan kembali semula ke dunia yg nyata. Jika betul seperti apa yg telah diwar-warkan sebelum ini bahawa terdapat perselisihan faham diantara pemain maka marilah kita buang sejauhnya perasaan yg tidak baik. Mari kita tunaikan tanggungjawab masing masing sbg pemain yg dibayar gaji oleh majikan dgn bermain bersungguh sungguh. Ingat dunia dan juga akhirat. Semoga Kelantan akan menjadi pendahulu liga hingga tamat. AMIN