Kemaskini Mengenai Aziz Ismail 20 Februari 2012
Aziz Ismail disahkan mengalami kecederaan ACL tapi tidak teruk ( Urat tidak putus cuma pecah ) kemungkinan beliau boleh bermain minggu depan.
Sumber Asal : Rara Mashi

Farhan Muhammad Muncul Wira Pasukan Kelantan FA - Foto : Theredwarriors.com
Jaringan kemenangan Norfarhan Muhammad pada minit ke 90″ menewaskan Sarawak 2 – 1 berjaya membawa Kelantan ke Pusingan Ke – 2 Piala FA 2012 bertemu Kuala Lumpur.
Kelantan terlebih dahulu dikejutkan dengan Jaringan Azizan Baba pada minit ke 21″ namun Indraputra Mahyuddin Bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke 33″ hasil tandukan cantik selepas menerima hantaran dari Mohd Badhri Mohd Radzi.
Kemasukan Farhan Muhammad menggantikan Penyerang Import Nwoha dilihat agak berkesan selepas Farhan Muhammad berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 90″ hasil sepakan dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol Sarawak Sani Anuar Kamsani.
Tamat Perlawanan menyaksikan Kelantan FA berjaya menewaskan Sarawak dengan jaringan 2 – 1.
Video Gol Azizan Baba - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )
Video Gol Indra Putra Mahyuddin - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )
Video Gol Farhan Muhammad - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )
Kredit Video : Sokernet.com
Kelantan lawan Sarawak
18 Februari : Sabtu : 8.40 Malam
Stadium Sultan Muhammad Ke IV
Siaran Langsung di TV1 – Klik Disini Untuk Live Streaming
Untuk mengetahui keputusan semasa sila “Like” Facebook KelantanFA.com di http://facebook.com/KelantanFAdotcom
KOTA BHARU – Percanggahan pendapat antara pengendali Kelantan Peter Butler dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) selesai apabila kedua-dua pihak mengadakan pertemuan bagi menyelesaikan kemelut yang timbul.
Setiausaha KAFA, Azman Ibrahim berkata, pertemuan tersebut merungkai segala kemelut yang melibatkan pihak pengurusan dengan pengendali kelahiran Halifax, England itu.
Menurut Azman, isu berkenaan hanyalah salah faham dan mengakui masalah komunikasi menjadi punca kepada tercetusnya konfrontasi kedua-dua pihak.
“Tidak timbul langsung soal campur tangan oleh pihak pengurusan. Ia hanyalah salah faham mengenai pemilihan pemain import baru, Onyekachi Nwoha apabila kita perlu menyegerakan urusan pendaftarannya dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam keadaan tergesa-gesa.
“Pemain import ini tiba di Kota Bharu pada 11 Februari lalu dan Butler sendiri sudah dimaklumkan oleh pihak pengurusan bahawa kita akan mengambil pemain import keempat.
“Kita tidak sempat memperkenalkan pemain ini kepada beliau dan mungkin di situ timbul salah faham mengenai perkara ini,” katanya.
Ditanya mengenai tindakan yang akan diambil ke atas Butler ekoran kenyataan keras beliau sebelum ini, Azman berkata, ia akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengurusan KAFA yang akan bermesyuarat, esok.
Sumber : Utusan
Dapatkan segera
Jersi Warriors Kelantan 2012 ( Original )
Layari laman web http://kelantanfootball.net/jersi-warriors/