“Penyokong kelantan sedikit sebanyak menyumbang kpd hidupnya semula gelora minat penyokong tempatan kpd LIGA MALAYSIA.Kini makin ramai yg berkunjung ke stadium di terengganu, perak, pahang bersama prestasi meningkat mereka.SAYA POHON SEMUA PIHAK MENGURUS PENYOKONG DGN BAIK AGAR BOLASEPAK NEGARA KIAN MERIAH.Layanan buruk terhadap penyokong kelantan di terengganu, selangor dan perak adalah mendukacitakan saya..harmonikanlah”

Begitulah luahan kecewa Tan Sri Annuar Musa di facebook beliau merujuk kepada pengurusan stadium pihak lawan yang dianggap tidak professional dalam membahagikan penyokong tuan rumah dan penyokong penyokong kelantan.

Tidak di nafikan jika mana mana pasukan di Malaysia ini bertemu dengan pasukan Kelantan, seluruh penyokong mereka akan terdesak untuk memenuhi stadium mereka dan faktornya adalah mungkin kerana tidak mahu di “malukan” oleh penyokong kelantan lagi ramai berbanding penyokong tuan rumah.

Oleh itu pihak pengurusan stadium pasukan lawan harus lah bijak membahagikan tempat duduk penyokong andai pasukan mereka bertemu dengan pasukan Kelantan .Pembahagian ini adalah untuk mengelakkan insiden yang tidak di ingini berlaku sama seperti ketika pasukan Kelantan bertemu dengan pasukan Perak tempohari.

Penyokong Perak buat pertama kalinya memenuhi stadium mereka untuk melihat pasukan mereka menentang pasukan Kelantan dan ketika itulah banyak insiden yang tidak sedap di dengari tentang KEBIADAPAN segelintir penyokong Perak seperti melakukan PROVOKASI MELAMPAU terhadap penyokong Kelantan.

Andai pembahagian penyokong di jalankan dengan sempurna, sudah tentu perkara ini tidak akan berlaku.Harus di ingat juga bahawa pihak media hanya melihat kesalahan penyokong Kelantan sahaja.Andai penyokong negeri lain melakukan kesalahan sudah tentu pihak media bertindak sepi umpama jadi BISU buat seketika.

Media seharusnya tidak mempolitikkan sukan kerana jika perkara ini berlaku BOLA SEPAK kita tidak akan kemana mana.Usah mimpi nak menang Asian Cup 2015 dan juga USAH MIMPI untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2014.

Admin : Saya melihat banyak unsur unsur FITNAH oleh pihak media andai kesalahan membabitkan Penyokong Kelantan.Ingatlah wahai pihak media, fitnah itu lebih buruk dari membunuh.Takkan nak bagi anak bini makan dengan sumber gaji yang haram kot ?

UPDATE : PAFA KESAL INSIDEN PENYOKONG BACA PENUH DIĀ http://peraktoday.com/wp/?p=18336

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...