PERSAHABATAN : MALAYSIA IKAT FILIPINA

Hasrat Filipina untuk menang ke atas Malaysia tidak kesampaian apabila gol lewat Shakir Ali pada minit ke 90″ berjaya mengikat pasukan tuan rumah itu

Filipina terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke 34″ menerusi satu tandukan kencang menewaskan penjaga gol Malaysia iaitu Farizal Marlias.

Malaysia hanya berjaya menyamakan kedudukan pada minit 90″ selepas Shakir Ali tenang menyepak masuk bola hantaran dari Safee Sali menewaskan penjaga gol Filipina.

Tamat perlawanan menyaksikan Malaysia terikat 1 – 1 dengan Filipina

Video Gol

Video Gol Filipina - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )

Video Gol Malaysia - ( Klik kemudian tunggu 5 saat dan tekan butang Skip AD )

KAFA TAMATKAN KONTRAK PETER BUTLER HARI INI

Peter James Butler

Foto : Azman Ibrahim

Selepas beberapa hari menghilang, Peter Butler akhirnya menemui pihak pengurusan Kelantan dalam satu mesyuarat khas yang diadakan pada tengahari tadi.

Dalam mesyuarat khas itu, Peter James Butler ditamatkan kontrak selaku Jurulatih Kelantan berkuatkuasa hari ini dan pengganti Peter James Butler sebagai Jurulatih Baru Kelantan masih lagi menjadi misteri.

Peter James Butler dikhabarkan akan kembali ke Indonesia untuk menjadi Jurulatih sesebuah pasukan disana.

 

DARI KELANTAN KE OLD TRAFFORD

MISTER POTATO OLD TRAFFORD

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Pepatah ini amat sesuai ditujukan kepada Wan Mohamad Azren Wan Baharudin, 16, selepas terpilih sebagai pelatih terbaik Akademi Al-Hamra Red Warriors (Army), sekali gus berpeluang menyaksikan kelibat barisan bintang Manchester United.

Anak jati kelahiran Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu ini akan diterbangkan ke Old Trafford oleh Mister Potato yang juga rakan penaja juara 19 kali Liga Perdana Barclays itu pada hujung tahun ini.

Wan Mohamad Azren yang kini sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cengal berkata, dia tidak menyangka terpilih sebagai pelatih terbaik Army.

“Saya tak tahu nak kata apa, hanya mampu mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada Mister Potato dengan hadiah yang diberikan.

“Ia merupakan hadiah bermakna buat saya. Saya tidak menyangka terpilih sebagai pelatih terbaik memandangkan saingannya cukup sengit dari rakan-rakan pelatih yang lain,” kata Wan Mohamad Azren.

Tambahnya, peluang ke Old Trafford mahu digunakan sebaik mungkin untuk menimba pengalaman baharu dalam usaha meningkatkan lagi corak permainannya.

“Muncul sebagai pelatih terbaik Army merupakan titik tolak untuk saya terus maju dalam sukan bola sepak.

“Kejayaan ini merupakan satu permulaan baik buat diri saya, begitupun perjalanan masih lagi panjang dan saya perlu bekerja lebih keras untuk menyarung jersi The Red Warriors suatu hari nanti,” ujarnya.

Anak muda yang beraksi di posisi tengah ini mengakui, dia meminati corak persembahan bintang United, Nani dan Paul Scholes yang disifatkan sebagai antara pemain terbaik.

Sementara itu, Pengurus Penajaan dan Activasi Mamee – Double Decker (M) Berhad, Sharszany Shahry Shahriman berkata, Wan Mohamad Azren akan ditaja sepenuhnya oleh Mister Potato yang merupakan antara penaja kelab gergasi England itu.

“Tajaan itu merupakan satu inisiatif yang dilakukan untuk memberikan pendedahan kepada bakat-bakat baharu dalam sukan bola sepak di negeri ini,” katanya.

Sumber : Kosmo Online

PERSAHABATAN ANTARABANGSA – KELANTAN TEWASKAN KELAB DARI SINGAPORE

Badhri Radzi

Pada aksi persahabatan Antarabangsa di Stadium Sultan Muhammad malam tadi, Badhri Radzi muncul wira pasukan apabila cemerlang meledak 2 gol untuk memastikan kemenangan milik pasukan Kelantan FA menewaskan kelab dari Singapura iaitu Singapore Armed Forces.

Kelantan FA terlebih dahulu dikejutkan dengan gol awal pasukan Singapore Armed Forces apabila Seiji Sato berjaya menewaskan Shahrizan Ismail pada minit ke 19″

Gol penyamaan Kelantan FA hanya hadir 2 minit selepas separuh masa kedua bermula apabila sepakan percuma Kapten Pasukan Badhri Mohd Radzi berjaya menerjah jaring.

Minit ke 65″ Badhri Radzi muncul wira pasukan apabila sekali lagi meledak gol untuk kemenangan Kelantan menewaskan Singapore Armed Forces 2 – 1

Kelantan bakal bertemu Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super 2012 pada 4 Mac 2012 di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.

AZIZ REHAT

Aziz Ismail

Foto : Arthelance Photography

Kemaskini Mengenai Aziz Ismail 20 Februari 2012

Aziz Ismail disahkan mengalami kecederaan ACL tapi tidak teruk ( Urat tidak putus cuma pecah ) kemungkinan beliau boleh bermain minggu depan.

Sumber Asal : Rara Mashi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...